web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jaga Tidur, Persiapan Rapi Zamani Untuk Konsert Bersama Jamal

Konsert 'A Night To Remember' yang berdurasi dua jam akan berlangsung di Manhattan Ballroom Berjaya Hotel, Kuala Lumpur.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2022 7:54PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mengakui rutin hidup yang padat memenuhi pelbagai jemputan dan konsert sejak awal tahun ini, vokalis kumpulan Slam, Zamani tidak mempunyai pantang larang untuk menjaga suara melainkan hanya memastikan mendapat tidur yang cukup dan memantau waktu makan.

Menjangkau usia 51 tahun, lontaran vokalnya masih menggugah jiwa walaupun berdepan dengan penyakit skoliosis. 

Baru sahaja menamatkan konsert Slam Mentari Muncul Lagi Sabtu lalu, Zamani kini rancak melakukan persediaan untuk konsert seterusnya, A Night To Remember bersama Datuk Jamal Abdillah.

“Saya risau juga kalau hilang suara waktu konsert nanti. Tapi rasanya takkanlah sampai ke tahap itu. Saya tak ada pantang larang apapun untuk jaga suara melainkan tidur yang cukup dan pantau waktu makan. Itu sahaja.

“Namun saya akui, dengan usia seperti ini saya tak dapat lagi aktif di atas pentas seperti dulu,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis sidang media konsert A Night To Remember.

Menjelang beberapa minggu sahaja lagi untuk konsert yang berkonsepkan pop itu, Zamani dan Jamal masing-masing giat menjalani latihan di sebuah studio di Damansara dengan pematuhan standard operasi prosedur (SOP) yang ditetapkan.

“Kami risau juga dengan peningkatan kes harian. Namun, kami sudah mulakan latihan dengan SOP yang ditetapkan terutamanya menjaga jarak antara satu sama lain,” tambahnya.

Untuk konsert yang dianjurkan oleh IMAGENEX itu nanti, Zamani bakal mempersembahkan enam lagu manakala Jamal menyanyikan lapan lagu. Lebih menarik, mereka akan berduet menerusi dua lagu. . 

Konsert IMAGINEX A Night To Remember yang berdurai dua jam ini akan berlangsung di Manhattan Ballroom Berjaya Hotel, Kuala Lumpur. Terdapat 100 meja disediakan dengan enam kerusi untuk setiap meja. Tempahan dibuka dari RM550  hingga RM1,700 untuk seorang.

Bagi pakej VVIP pula RM11,900 semeja, VIP (RM6,600 semeja), PLATINUM (RM5,400 semeja), PREMIUM (RM4,900 semeja) dan GOLD (RM3,860 semeja). 

Tiket boleh dibeli menerusi iLasso Tickets 

Gambar: Instagram @zamanislam_official

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel