Berita Terkini

3 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


2022 Tahun Artis Legenda Bikin Konsert Skala Besar

Mengapa pihak penganjur lebih tertarik dengan artis-artis legenda dan tampak tidak berminat untuk melibatkan penyanyi atau kumpulan muzik muda?

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2022 2:57PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan dunia pula sedang berada di ambang endemik COVID-19, secara perlahan-lahan industri hiburan tanah air mula kembali rancak dengan beberapa konsert berskala besar daripada penyanyi, penghibur dan kumpulan muzik tempatan. 

Bermula dengan Konsert Slam Mentari Muncul Lagi yang telah menjadi pembuka acara pada tahun ini apabila ia diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 12 Februari lalu.

Acara ini bakal disusuli dengan beberapa konsert yang lain. 

Antaranya adalah Majlis Amal Berbuka Puasa Rasa (Cinta Di Sebalik Musim) bersama Datuk Ramli Sarip  di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur - 24 April), Konsert Hattan 35 Years Journey (Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur - 4 Jun), Konsert U.K’s Reunion 25 Tahun  (Istana Budaya - 17 dan 18 Jun), Konsert Seniman Negara Datuk Seri Dr Ahmad Nawab (Istana Budaya- 1 Julai hingga 3 Julai), A Night To Remember – Jamal Abdillah & Zamani (Manhattan Ballroom, Berjaya Times Square - 7 Ogos). 

Slam
Slam

Datuk M. Nasir dilaporkan bakal beraksi dalam sebuah persembahan pada Mei ini dan selepas Majlis Amal Berbuka Puasa Rasa (Cinta Di Sebalik Musim), Ramli Sarip akan mengadakan konsert jelajah ‘Rasa’ pada hujung Oktober hingga November ini. 

Manakala, kumpulan Exists pula akan memulakan konsert jelajah mereka di beberapa lokasi di Malaysia termasuk di Singapura pada tahun ini, selepas konsert reunion mereka di Stadium Malawati, Shah Alam pada 2019 mendapat sambutan yang baik.  

Melihat pada senarai ini, kita pasti tertanya, mengapa hanya nama-nama penyanyi, penghibur dan kumpulan muzik tempatan legenda dan besar sahaja yang mendominasi senarai konsert berskala besar? 

Mengapa pihak penganjur lebih tertarik kepada artis-artis legenda ini dan tidak begitu berminat untuk melibatkan penyanyi atau kumpulan muzik muda, sedangkan mereka ini amat popular serta mempunyai pengikut yang ramai.  

Jika ada pun, hanyalah Khai  Bahar yang sudah pun menjayakan Konsert Nafas Cinta di PJPac, One Utama pada 12 Februari lalu serta  kumpulan muzik Floor 88 yang bakal beraksi dalam konsert sulung mereka, Eighty8 Infinity di Hotel Grand Barakah di Ampang pada malam ini. 

Banyak faktor sebenarnya yang menyebabkan artis-artis besar dan bergelar legenda lebih mendapat permintaan yang tinggi daripada pihak penganjur untuk beraksi dalam konsert-konsert berskala besar. 

 

Artis legenda menyanyikan lagu mereka sendiri 

Dengan himpunan lagu yang banyak, mengapa mereka mahu menyanyikan lagu orang lain? Inilah kelebihan yang ada pada artis-artis legenda. 

Jika artis baharu yang beraksi, mereka tidak punya cukup lagu dan terpaksa membawakan lagu-lagu penyanyi lain untuk melengkapkan repertoire persembahan mereka. 

Hal ini diakui Datuk Ramli Sarip dan Amir selaku vokalis U.K’s. Kedua-dua penyanyi dan penghibur ini berpendapat bahawa kekurangan lagu untuk membuat persembahan konsert adalah antara sebab mengapa pihak penganjur lebih mengutamakan artis yang sudah established

 

Mampu tampil dengan repertoire konsert yang berbeza 

Dengan himpunan lagu yang banyak menerusi beberapa album studio yang dihasilkan, kebanyakan artis legenda tidak punya masalah untuk menampilkan repertoire konsert yang berbeza setiap kali membuat persembahan.

Ramli Sarip
Ramli Sarip

Lihat sahajalah artis seperti Datuk M. Nasir, Datuk Ramli Sarip, Search dan Wings. Sudah banyak kali mereka mereka mengadakan konsert dan ada sahaja pembaharuan yang cuba ditampilkan di dalam konsert mereka. 

Namun, disebabkan terlalu banyak lagu, yang memeningkan adalah untuk menyusun lagu-lagu kegemaran peminat yang wajib dinyanyikan di dalam konsert. Sampai pening ya? 

 

Konsert artis legenda lebih memiliki nostalgia 

Bagi yang membesar dengan lagu-lagu artis legenda seperti Slam, Exist dan U.K’s, pasti tidak akan menafikan hal ini. Lagu-lagu mereka mempunyai impak yang tersendiri dan cukup dekat di hati pengikut mereka.

Bak kata Amir, setiap lagu-lagu yang dipersembahkan U.K’s mempunyai kenangan yang tersendiri buat peminat mereka. 

Ada yang mendengar lagu U.K’s selepas berpisah atau putus cinta dan ada juga yang menemui cinta disebabkan lagu mereka. 

U.K’s
U.K’s

 

Mampu beraksi dalam konsert secara langsung dengan baik 

Dengan pengalaman yang dikutip bertahun-tahun setiap kali membuat persembahan, kebanyakan artis legenda ini memang tidak punya masalah untuk beraksi dengan 20 atau 25 lagu dalam sebuah konsert yang berdurasi dua jam. 

Mereka mampu menguasai pentas dengan baik. Bahkan, mereka juga dapat berkongsi pengalaman mereka yang cukup mahal sepanjang penglibatan bertahun-tahun mereka sebagai penyanyi dan artis rakaman dalam industri muzik tanah air. 

 

Kuasa membeli 

Peminat yang membesar dengan artis-artis legenda ini mempunyai kuasa beli yang tinggi. Ini diakui penganjur konsert Samirah Hambali daripada Mac Training Sdn Bhd. 

Kebanyakan peminat yang mengikuti seseorang artis legenda sewaktu zaman persekolahan mereka sudah bekerja dan mendirikan rumah tangga dan sebahagian pula menduduki jawatan yang tinggi dalam agensi kerajaan mahu pun syarikat swasta. 

Ada di antara mereka ini yang mampu membeli harga tiket VIP untuk menyaksikan konsert artis legenda kegemaran mereka. Perkara ini sering berlaku pada konsert Wings. 

M. Nasir
M. Nasir

 

Kesimpulannya 

Ramai penyanyi muda yang sudah mula menyedari hakikat ini. Disebabkan itu, semakin ramai di antara mereka yang mahu menghasilkan album studio dan tidak hanya mahu bergantung kepada jualan single semata-mata. 

Ini adalah suatu perkembangan yang cukup baik kerana penghasilan album studio dapat membentuk kreativiti mereka untuk menghimpunkan lagu-lagu yang bersesuaian untuk dizahirkan dalam repertoire konsert solo mereka, suatu hari nanti. - Getaran, 27 Mac 2022

Semua gambar: Gambar Fail

Isu Pada

Coach Eddy Berbicara Tentang Kecergasan Dan Menjadi Pilihan Selebriti

26 Mar 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 13 jam yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

2

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

3

Selebriti 3 minggu yang lalu

 Alif Satar Perluas Kempen #GengSubuhMacamJumaat Ke UK

4

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Kematian Akibat Tembakan Di Dewan Konsert Di Moscow Melepasi 60 Orang

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart