Berita Terkini

3 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Ini Sebab Kenapa Jaclyn Victor Pilih Aina Abdul Sebagai Rakan Duet Di Pentas GV9

Ramai yang beranggapan akan berlaku ‘perang vokal’ di atas pentas GV9 Ahad ini, tetapi Jac punya alasan tersendiri kenapa dia memilih Aina Abdul.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2022 6:00PM

Jaclyn Victor dan Aina Abdul - Gambar dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malam minggu ini bakal menyaksikan pertembungan dua vokal hebat di atas pentas Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) apabila Jaclyn Victor bakal berduet dengan Aina Abdul menerusi lagu Cinta dendangan Marsha. 

Pada minggu kelima, semua peserta GV9 diberikan tugasan untuk menyanyikan lagu duet bersama penyanyi udangan pilihan mereka. 

Menurut Jaclyn atau lebih mesra dengan panggilan Jac ini, sebab utama dia memilih Aina Abdul adalah kerana dia mahukan penyanyi yang bagus dan tidak banyak lakukan kesalahan. 

“Saya dah pilih lagu Cinta dari Marsha, jadi takkan saya nak pilih penyanyi yang saya tahu tak boleh bawakan lagu ini dengan baik. 

“Aina adalah seorang penyanyi yang sangat bijak dari segi muzik. Vokal dia sangat-sangat bagus. Dan, saya perlukan penyanyi yang tak banyak buat silap. 

“Aina adalah antara salah seorang daripadanya. Sebab kadang-kadang bila saya gabra, saya sendiri akan buat silap. Jadi saya sangat gembira apabila ada teman di atas pentas untuk sokong nyanyian saya, jadi saya tak akan jadi gabra seperti biasa,” katanya. 

Jaclyn Victor - Gambar dari Astro/AzrulRafie
Jaclyn Victor - Gambar dari Astro/AzrulRafie

Apabila dua vokal hebat bergabung di atas satu pentas yang besar, ramai yang sudah menjangka akan berlaku peperangan vokal di atas pentas. Namun, Jac menyangkal dakwaan itu kerana baginya tiada istilah berlawan dengan rakan duet.

“Saya tak rasa ia akan jadi satu ‘peperangan’ di atas pentas kerana Aina merupakan seorang penyanyi yang bagus. Dia tahu ini bukan pertandingan di antara saya dan dia. 

“Apa yang saya belajar sejak dulu lagi, jika kita menyanyikan lagu secara duet di atas pentas, ia bukanlah satu pertandingan. Anda perlu pastikan persembahan dan lagu yang anda dendangkan menjadi cantik. 

“Anda perlu saling melengkapi di antara satu sama lain. Tidak boleh berperang satu sama lain sampai lagu itu jadi bingit kerana masing-masing tak nak kalah,” kongsinya. 

Jangan lupa untuk saksikan persembahan Jac dan Aina Abdul pada Ahad ini jam 9 malam di saluran Astro Ria. – Getaran, 14 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 hari yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

2

Muzik 1 bulan yang lalu

AJL38: Penjelasan Ketua Juri Faktor Vokal Terbaik Milik Aina Abdul

3

Selebriti 10 bulan yang lalu

Tampil Dengan Fesyen ‘Tiang Lampu’, Aina Abdul Jadi Sorotan Netizen Lagi Dan Banyak Sungguh Komen Yang Lucu

4

Filem & TV 11 bulan yang lalu

Big Stage 2023 - Persembahan Gagal Beri Impak, Juri Tetap Tidak Mahu Beri ‘Imuniti X’ Kali Kedua Buat Naufal Azrin

Sorotan

1

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

2

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

3

OIC Kutuk Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan Israel Di Semenanjung Gaza

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Selebriti 17 jam yang lalu

Skandal Baharu Aliff Aziz Terbongkar, ‘Ibu Terpaling’ Padam IG?

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 6 jam yang lalu

Industri Hiburan Penghubung Antara Malaysia Dan China – Shila Amzah

Filem & TV 1 jam yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

Sheriff:Narko Integriti berjaya peroleh kutipan RM16.3 juta selepas empat hari ditayangkan 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Bekas Anggota Dolla, Syasya Kini Bergelar Isteri

oleh Wartawan Hiburan Getaran