web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AJL38: Penjelasan Ketua Juri Faktor Vokal Terbaik Milik Aina Abdul

Datuk Mokhzani Ismail menjelaskan nyanyian Aina Abdul menerusi lagu Jangan Mati Rasa Itu sangat konsisten dari awal hingga akhir

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2024 4:08PM

Aina Abdul.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi popular Aina Abdul berjaya mencipta kemenangan hatrik bagi kategori vokal terbaik selepas meraih anugerah itu di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil semalam. 

Bagaimanapun, kemenangan itu mendapat kritikan warga siber kerana menganggap ada penyanyi yang lebih layak untuk membawa pulang anugerah itu antaranya Marsha Milan dan Ernie Zakri. 

Namun, ketua juri iaitu Datuk Mokhzani Ismail menerangkan bahawa pemililihan Aina Abdul sebagai pemenang bagi kategori itu dibuat berdasarkan keupayaannya menyanyi dengan baik pada tahap kesukaran yang berbeza.

"Kelebihan Aina adalah dia sangat konsisten menyampaikan lagu tersebut daripada awal hingga akhir dengan penuh bertenaga. 

"Tidak mudah untuk menyanyikan lagu yang digubah oleh Mac Chew dalam pelbagai kord.

"Tetapi Aina mampu," katanya ketika ditemui pada sidang media AJL38.

Mokhzani turut menegur penyanyi yang telah mengubah sususan lagu asal dengan berlebihan sehingga akhirnya menonjolkan kelemahan vokal mereka. 

Datuk Mokhzani Ismail.
Datuk Mokhzani Ismail.

"Sebagai juri kami telah mendengar melodi asal lagu yang dipertandingkan.

“Apabila datang ke AJL38, kami berharap gubahan yang dilakukan tidak memberi kelainan yang mampu menghilangkan keaslian lagu tersebut. 

"Saya rasa Mac Chew bijak dalam mengubah susunan lagu Jangan Mati Rasa Itu mengikut kemampuan vokal Aina.

“Saya boleh katakan persembahan vokal Aina di pentas AJL38 adalah lebih baik berbanding versi album. 

"Sesetengah penyanyi, teknik nyanyian mereka bagus, tetapi mereka telah 'over do'. Apabila anda menjerit, anda telah memerangkap diri anda kalau tidak betul-betul konsisten," ujarnya. 

Kemenangan hatrik Aina di AJL38 itu berjaya meletakkan beliau sebaris dengan penyanyi Hafiz Suib dan Dayang Nurfaizah, yang pernah melakar kejayaan sama pada AJL musim terdahulu. 

Selain memenangi Anugerah Vokal Terbaik, Aina turut membawa pulang trofi tempat ketiga dan Penyanyi Pilihan Alha Alfa. - 4 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Tampil Dengan Fesyen ‘Tiang Lampu’, Aina Abdul Jadi Sorotan Netizen Lagi Dan Banyak Sungguh Komen Yang Lucu

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Big Stage 2023 - Persembahan Gagal Beri Impak, Juri Tetap Tidak Mahu Beri ‘Imuniti X’ Kali Kedua Buat Naufal Azrin

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Fesyen Ala ‘Drakula’ Atau Aina Abdul Di Konsert Saujana 25, Ini Penjelasan Sebenar Dr Idzu!

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang