web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fesyen Ala ‘Drakula’ Atau Aina Abdul Di Konsert Saujana 25, Ini Penjelasan Sebenar Dr Idzu!

Dr Idzu Baharin ini memberitahu bahawa dia sengaja tampil dengan konsep fesyen sebegitu kerana mahu mencetuskan kelainan.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2023 1:20PM

Vokalis utama kumpulan Saujan, Dr Idzu Baharin - Gambar ihsan penganjur konsert

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Ini adalah fesyen ala ‘drakula’ ya,'' kata Dr Idzu sambil bergurau. 

Gurauan itu tercetus sewaktu Dr Idzu diminta mengulas mengenai fesyen penampilannya tatkala beraksi dalam segmen lagu solonya sempena Konsert Saujana 25 yang berlangsung di Zep Kuala Lumpur, malam tadi. 

Selain fesyen ala ‘drakula’, tidak kurang juga yang menganggap dia adalah jelmaan penyanyi Aina Abdul versi lelaki ketika bertanding pada Anugerah Juara Lagu (AJL) apabila mengenakan baju yang beropol besar di bahagian bahunya. 

Tidak sedikit pun mengambil hati dengan segala komen-komen tersebut, vokalis utama Saujana dengan nama sebenar Dr Idzu Baharin ini memberitahu bahawa dia sengaja tampil dengan konsep fesyen sebegitu kerana mahu mencetuskan kelainan. 

Dr Idzu bersama Bob AF
Dr Idzu bersama Bob AF

“Sebenarnya saya nak buat konsep berbeza. Saya mahu ambil unsur-unsur arus perdana dan menyelitkannya dalam persembahan nasyid supaya orang fikir nasyid bukan hanya setakat apa yang mereka fikir begitu sahaja tetapi ia boleh pergi lebih besar daripada itu. 

“Ada banyak konsep kita boleh lakukan kalau kita berfikiran terbuka. Dan, jika kita boleh melepasi arus perdana, kita boleh tarik orang yang belum pernah dengar nasyid atau yang tak selalu dengar nasyid. 

“Mungkin melalui fesyen, ia menyebabkan mereka mahu dengar lagu nasyid. Ia juga satu dakwah bagi saya. Dakwah melalui fesyen,” katanya yang ditemui selepas pada sidang media selepas berakhirnya Konsert Saujana 25

Dr Idzu juga mengakui sedia dikecam hanya semata-mata kerana tampil dengan fesyen sebegitu dalam persembahannya. 

“Orang sedang menilai dan menghadam apa yang saya lakukan. Tapi, setidak-tidaknya saya saya sudah cuba bawa konsep sebegitu. Yang penting saya melakukannya dan nasyid sudah pun mencapai level begitu. 

“Selepas ini, macam-macam lagi yang kita boleh teroka. 

“Bagi saya, saya ambil peluang ini kerana mahu melakukan eksperimen serta timbulkan kelainan. Kalau tidak, ia akan jadi sama sahaja macam 25 tahun lepas. Setidak-tidaknya adalah kelainannya dan ia nampak berbeza,” katanya lagi. 

Dalam konsert yang diiringi Orkestra Tradisional Malaysia, Istana Budaya pimpinan Yazid Zakaria ini, Dr Idzu mempersembahkan dua lagu solonya iaitu ‘Ku Serah’ dan ‘Padamu Selamanya’ yang dinyanyikan secara duet dengan Bob AF. 

Konsert Saujana 25 Tahun yang menampilkan konsep persembahan yang unik menerusi gabungan lagu ketuhanan dengan irama tradisional ini turut menampilkan artis jemputan seperti Nazrey Johani, Ustaz Nabil, kumpulan Awla dan Andika.

Ia turut dibantu rakan rasmi seperti Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur, Istana Budaya, AnNadi serta Zepp Kuala Lumpur. – Getaran, 6 Mac 2023 

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

Kolaborasi Magnum Bersama SHALS Dan Tact Hangatkan KLFW 2024

2

Gaya 1 tahun yang lalu

Kopi Dan Fesyen Terus Bersatu Di KLFW 2024

3

Gaya 2 tahun yang lalu

‘Jangan Lacur Budaya Kita’ - FM Group Anjur Pertandingan Reka Fesyen ICFW

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Kek Secret Recipe Diterjemah Menjadi Busana Melayu Tradisional

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang