web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tampil Dengan Fesyen ‘Tiang Lampu’, Aina Abdul Jadi Sorotan Netizen Lagi Dan Banyak Sungguh Komen Yang Lucu

Aina Abdul dan fesyen pelik memang tidak dapat dipisahkan lagi dan itulah yang membezakan Aina dengan penyanyi lain sekalipun dia berbakat dan dianugerahkan vokal yang hebat!

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2023 10:16AM

Aina Abdul tetap sahaja ‘daring’ untuk terus mengenakan fesyen pelik-pelik seperti mana yang pernah dilakukan penghibur antarabangsa Lady Gaga suatu ketika dahulu - Gambar Instagram Aina Abdul

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kecaman daripada netizen tentang fesyen baju peliknya sememangnya tidak memberikan apa-apa kesan buat penyanyi muda bersuara emas, Aina Abdul. 

Bahkan, Aina tetap sahaja ‘daring’ untuk terus mengenakan fesyen pelik-pelik seperti mana yang pernah dilakukan penghibur antarabangsa Lady Gaga suatu ketika dahulu. 

Malam tadi, Aina sekali lagi menjadi sorotan dan perhatian netizen apabila mengenakan stail baju ala-ala lampu atau tiang lampu sewaktu mengemudi tugasnya sebagai juri dalam program hiburan Big Stage 5.

Pelbagai komen yang dilontarkan netizen. Kebanyakannya lucu sungguh! Namun, ada juga yang memberikan kritikan atau kecaman buat penyanyi yang sudah banyak kali mencipta kejayaan di pentas Anugerah Juara Lagu ini. 

Antara komen lucu yang dihimpunkan adalah: 

Tulis @hashimagmohddaris: “Fesyen tiang lampu pulak” 

@kimimally pula memberi cadangan: “Aina, tolong jadi permaidani” 

Soal @faizal.bobby:  Nih pakai bateri atau elektrik? 

Tutur @_57X3_ : “Member saya ingat mangkuk megi terbalik (sambil tertawa) 

@mnhk08 berkata: “Terkjut buka-buka IG ada lampu”

Sementara @zulezag menulis: “You yang menerangai hidup I, itu temanyakan (disertakan dengan emoji hati) 

Antara komen netizen tentang gaya terkini Aina Abdul
Antara komen netizen tentang gaya terkini Aina Abdul

Komen berbentuk kritikan dan kecaman pula: 

Kata @sazuansaufi : “X malu ke pkai cm ni”.

@Nurimannaufal menulis: “Untuk persembahan, kamu nak jadi lampu jalan pun boleh. Tidak bila kamu menjadi juri. Tak semua benda boleh pakai hentam dan dipanggil ‘eskperimenntal”. Masih peminat anda. Hanya memberitahu. 

@fredasheriff pula berkata: Tidakkah anda melihat diri anda dahulu. Ia refleksi kepada seseorang yang tidak punya keyakinan diri. 

@_kyraziela pula berpendapat: Aina ni nak tiru lady gaga & melly goeslow.

Tidak kurang juga yang masih mahu memberikan semangat buat Aina untuk meneruskan gaya fesyen peliknya itu. 

Tulis @_pyqott: “Aina, walaupun ramai orang kecam pasal pakaian anda. Percayalah saya. Saya menyukai semua fesyen kamu. 

Seperti kata @fitrika_amira: “Kalau aku jadi artis pun aku akan bereksperimen dengan fesyen. Bila lagi kan? Janji Aina Abdul tak melanggar larangan agama dan sensitiviti kaum okaylah. Bukan semua orang boleh confident untuk high fashion/haute couture” 

Ucap @h0neybakery: “Teruskan memakai apa yang kamu. Tidak semua orang faham kem fesyen dan haute couture: Jika anda di Amerika, sudah tentu mereka akan meletakkan anda sebagai penghias wajah American Vogue. Teruskan apa yang anda suka lakukan Aina” 

Apapun, Aina Abdul dan fesyen pelik memang tidak dapat dipisahkan lagi. Bahkan, bukan Aina Abdul jika dia tidak mengenakan pakaian sebegitu dan itulah yang membezakan Aina dengan penyanyi lain sekalipun dia berbakat dan dianugerahkan vokal yang hebat! – Getaran, 19 Jun 2023 

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

2

Muzik 2 tahun yang lalu

AJL38: Penjelasan Ketua Juri Faktor Vokal Terbaik Milik Aina Abdul

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Porsche Remuk Langgar Tiang Lampu

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Sejurus Tamat Konsert Akhir Big Stage, Hoondoo Terus Pulang Ke Korea Kerana Masalah Visa

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang