web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Big Stage 2023 - Persembahan Gagal Beri Impak, Juri Tetap Tidak Mahu Beri ‘Imuniti X’ Kali Kedua Buat Naufal Azrin

Kali berturut-turut nama Naufal muncul sebagai peserta yang harus meninggalkan pentas big Stage 2023, namun tidak seperti minggu lalu, kali ini juri tetap enggan memberikan ‘imuniti x’ kepada Naufal.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2023 10:15AM

Naufal Azrin sekali lagi menjadi peserta yang tersingkir di pentas Big Stage 2023. - Gambar Astro/AzrulRafie

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nampaknya ‘imuniti x’ yang diberikan oleh juri tetap iaitu Ajai dan Aina Abdul, gagal digunakan sebaiknya oleh Naufal Azrin apabila dia sekali lagi menjadi peserta yang tersingkir di pentas Big Stage 2023.

Pada konsert minggu ketiga yang bertemakan Asmaraloka, Naufal telah menyampaikan lagu bahasa Korea daripada penyanyi, Lee Hi yang berjudul Only. 

Namun pada minggu ini, juri tidak lagi mahu memberikan ‘imuniti x’ kepada Naufal Azrin biarpun dari segi permakahahan daripada pihak juri, Naufal berada di tangga tiga terbawah. Tetapi dia tersingkir disebabkan kurang undian penonton. 

Menurut salah seorang juri tetap iaitu Aina Abdul, Naufal tidak menggunakan ‘imuniti x’ yang diberikan kepadanya minggu lalu dengan sebaiknya kerana persembahan yang dilakukan pada minggu ketiga tidak begitu memberi impak.

“Saya rasa Nuafal adalah lebih kepada penyanyi rakaman. Untuk pertandingan, dia agak terhad. Saya dan Ajai rasa sangat ralat sikit sebenarnya, kerana ton suara Naufal sangat mahal. Dia boleh buat semua orang rasa cair. Tetapi apa yang dia persembahkan malam tadi tidak cukup. 

“Mungkin saya beri markah tinggi iaitu 70, tetapi kita juga campurkan dengan markah Ajai dan Ernie Zakri. Tetapi saya percaya rezeki Naufal lebih banyak di luar sana kerana dia punya suara yang bagus untuk pasaran,” katanya sewaktu sidang media sejurus tamat konsert.

Sementara itu bagi Naufal, dia meluahkan rasa kecewa kerana telah memberikan 200 peratus untuk persembahannya biarpun berhadapan dengan masalah kesihatan.

“Saya sakit tekak sebenarnya. Daripada hari Isnin lagi saya telah ‘all out, untuk hafal lagu ini. Tetapi nak buat macam mana, sampai di sini sahaja rezeki saya. Tak apa saya terima. Insya Allah, di luar sana nanti saya akan buat yang terbaik,” katanya.

Kata Naufal lagi, disebabkan masalah sakit tekak yang dihadapinya, menyebabkan dia sukar untuk melakukan beberapa teknik dalam nyanyiannya seperti ‘falsetto’. 

Ditanya apakah perancangannya selepas ini, kata Naufal dia bakal mengeluarkan single terbaru bersama rakan duetnya iaitu Nuha Bahrin dalam masa terdekat.

Berikut merupakan kedudukan setiap peserta berdasarkan markah yang diberikan oleh ketiga-tiga juri profesional;

Waode (90.67 peratus), Putera Muhammad (86.67 peratus), Nadeera (79.33 peratus), Hoondoo (76 peratus), Farhan Shah (71 peratus), Puteri Khareeza (66.33 peratus), Aufahanie (65 peratus), Dem Lepak Boyz (64.67 peratus), Firdaus Rahmat (64 peratus), Naufal Azrin (62.33 peratus) Coex (58.33 peratus) dan Meernash (57.33 peratus). – Getaran, 22 Mei 2023

Foto : Astro/AzrulRafie

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

2

Muzik 2 tahun yang lalu

AJL38: Penjelasan Ketua Juri Faktor Vokal Terbaik Milik Aina Abdul

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Dem Lepak Boyz Dan Firdaus Rahmat Tersingkir Di Minggu Separuh Akhir Big Stage 2023

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Tampil Dengan Fesyen ‘Tiang Lampu’, Aina Abdul Jadi Sorotan Netizen Lagi Dan Banyak Sungguh Komen Yang Lucu

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang