web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


8 Komposer Muda Berkarya Dalam Konsert 'Musical Exchange Programme' 

Konsert 'Musical Exchange Programme' (MEP) ini turut dijayakan enam pemuzik menerusi karya komposisi baharu yang disuntik dari lagu rakyat dan kisah legenda. 

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2022 4:05PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas dua tahun berhadapan dengan keadaan penuh mencabar akibat Pandemik COVID-19, Rondo Production akhirnya berpeluang menganjurkan sebuah konsert secara langsung yang juga merupakan persembahan penutup kepada Musical Exchange Programme (MEP) iaitu programme orchestra fellowship antarabangsa pertama Malaysia. 

Bakal berlangsung di Grand Hall, Dominus Arts Venue, Fairview International School, Kuala Lumpur pada 26 Februari ini, MEP menampilkan lapan komposer dan enam pemuzik muda berbakat yang berusia lingkungan 18 sehingga 28 tahun. 

Kesemua mereka akan membuat persembahan perdana dunia dengan menampilkan lapan komposisi baharu dalam konsert tersebut. Menariknya, komposisi baharu yang dipersembahkan ini diinspirasikan daripada lagu rakyat dan  kisah legenda tanah air, misalnya Chan Mali Chan, Wau Bulan, Lagenda Mahsuri, Puteri LIndungan Bulan, Untuk Gunung Ledang dan Huminodun. 

Komposer yang bakal terlibat dalam konsert ini adalah Chiu Peng Chong dari Sabah, Jayson Ng (Selangor),  Koay Loong Chuen ( Selangor), Lim Yu-Yao (Kuala Lumpur), Ooi Wei Chern (Perak), Sean Woo (Kuala Lumpur), Tan Zhiyong  (Johor) dan Yeo Wan Lin (Selangor).  

Manakala pemuzik pula terdiri daripada Chong Tao Xin, pemain clarinet daripada Perak,  Nez Tajol Asanan (pemain biola, Selangor), Low Kim Ven (pemain trombon, Selangor), Ong Aun Guan (pemain trombon, Penang) dan Tan Juen Loon (pemain euphonium, Perak). 

Konsert ini adalah hasil kolaborasi antara Rondo Production dan rakan strategik mereka, Orchestra of the Swan yang mana ia adalah suatu usaha untuk menyediakan platform kepada pemuzik-pemuzik muda ini menonjolkan karya baharu dan membina rangkaian. 

Biarpun karya-karya baharu ini mengetengahkan lagu rakyat dan kisah-kisah legenda yang berabab usia lamanya, ia dihasilkan dengan penuh kreatif dan modenbbersesuaian dengan visi MEP untuk mempromosikan pertukaran budaya menerusi muzik dan bentuk seni yang lain. 

Menerusi beberapa siri bengkel, khidmat konsultasi dan pembelajaran serta beberapa ahli The Swan, pemuzik-pemuzik muda yang dipilih ini dicabar dan disuntik inspirasi untuk memberikan mereka pemahaman yang lebih terperinci terhadap hubungan mendalam antara budaya Malaysia dengan muzik klasikal barat. 

Konsert ini juga turut memaparkan visual dihasilkan Epikono Studio yang bertindak sebagai rakan kreatif kepada Rondo dan The Swan. Setiap komposisi mempunyai paparan visual  bersesuaian yang akan membantu penonton menghayati sambil menyaksikan persembahan pemuzik-pemuzik muda ini dengan penuh impak. 

Musical Exchange Programme yang julung kali diadakan ini adalah program latihan profesional selama empat bulan yang ditawarkan Rondo Production dengan sokongan British Council menerusi geran Connections Through Culture. - Getaran, 3 Februari 2022

Gambar: Rondo 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN