web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Masdo Bakal Gegarkan Resorts World Awana Dengan Konsert Percuma 

Bakal berlangsung pada 25 Mei ini, konsert adalah eksklusif untuk ahli Kad Genting Rewards

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2024 8:23AM

gambar RWG

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berita baik bagi semua peminat muzik pop! Kumpulan yang digelar sebagai Beatles Malaysia, Masdo, bakal mengadakan konsert khas di tempat letak kereta terbuka, Resorts World Awana pada Sabtu, 25hb Mei ini.

Bagaimanapun, konsert percuma dengan kerjasama Stance Camp, sebuah komuniti peminat automotif dan pengembaraan luar ini adalah eksklusif untuk ahli-ahli kad Genting Rewards Card (GRC).

Masdo yang dianggotai oleh Ali Sariah, Asmawi, dan Putu Ceri adalah nama terkenal dalam dunia muzik tempatan sejak penubuhannya pada 2015. 

Menerusi muzik unik mereka, kumpulan itu berjaya meraih popularity dan ia terbukti menerusi lagu ‘Dinda’ yang meraih 45 juta penstriman di Spotify, sekali gus mengukuhkan status mereka sebagai sensasi muzik terkini. 

Malah, pengaruh Masdo kini melangkaui sempadan negara susulan kejayaan persembahan yang berlangsung di China dan Indonesia.

Sementara itu, konsert percuma anjuran Resorts World Awana itu adalah tanda penghargaan kepada ahli GRC yang setia.

Sesuai dengan namanya, ‘Under the Stars x Stance Camp x Masdo’, pelbagai acara sudah dirancang antaranya pameran kereta ubah suai, pengalaman ‘glamping’ serta perkhemahan dan banyak lagi.

Pendaftaran untuk konsert sudah dibuka pada 25 April lalu di http://www.rwgenting.com dengan jumlah tiket terhad untuk dituntut. 

Bagi ahli bukan GRC pula, jangan lepaskan peluang untuk merebut pelbagai ganjaran yang lebih menarik dengan mendaftar sebagai ahli GRC, sekali gus dapat menghadiri konsert percuma Masdo.  

Justeru, tiada istilah ‘walk-in’ kerana anda sama sekali tidak akan dilayan. Bagi yang ingin bermalam, Resorts World Awana menawarkan pakej bilik yang eksklusif bagi memastikan keselesaan pengunjung sebelum, semasa dan selepas waktu persembahan. 

Bermula dari RM315 untuk dua orang, tetamu dapat menikmati penginapan satu malam dan akses ke zon VIP berhadapan dengan pentas konsert. Dari harga RM505 pula, tetamu akan mendapat menyertai sesi ‘meet & greet’ khas bersama Masdo secara peribadi, diiringi dengan makan malam ringan di Ayu Awana selepas persembahan. 

Selain itu, sarapan percuma di Jom Makan Awana ditawarkan untuk tetamu bilik Superior Deluxe dan tetamu yang menginap di Club Suit dan Executive Suite akan mempunyai akses ke Lounge Hospitaliti.

Menu Bertemakan Masdo

Tidak cukup dengan itu, tetamu atau pengunjung juga boleh menikmati menu bertemakan Masdo yang disajikan khas dengan penampilan hidangan yang lazat seperti ‘Bunga Burger’, ‘Burger Kasih & Sayang’ dan ‘Burger Kegemaran Ali’ yang menampilkan daging lembu, kambing dan patti ayam, berharga antara RM40 hingga RM55.

Acara ‘Under the Stars x Stance Camp x Masdo’ adalah satu ekstravaganza yang akan berlanjut selama tiga hari berturut-turut, dari 24 hingga 26 Mei 2024.

Untuk maklumat lanjut, layari ‘Under The Stars X Stance Camp X Masdo, Resorts World Genting. - Getaran, 1 Mei 2024 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang