web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KESUMA Percepat Penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig, Laporan Interim Jun Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2024 9:08PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) sedang mempercepat laporan untuk merealisasikan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig.

Menterinya Steven Sim Chee Keong, berkata kajian sedang dilakukan dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) sebelum laporan interim dijangka dibentangkan kepada Kabinet menjelang 1 Jun ini.

"Selepas itu, dalam masa dua atau tiga bulan kita akan membentangkan laporan penuh tentang fungsi, perundangan, keahlian, implikasi kewangan, bidang kuasa dan sebagainya," katanya. 

Sim berkata demikian kepada media selepas Sambutan Hari Pekerja bertemakan 'Pekerja Kesuma Bangsa' yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri meminta agar penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig disegerakan memandangkan terdapat kumpulan pekerja yang tidak diwakili secara langsung dalam membela kebajikan mereka.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri ketika majlis penutupan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 pada 2 Mac lepas bagi melindungi hak 1.12 juta pekerja gig terutama dalam kalangan anak muda. 

Mengenai perkembangan kajian kadar gaji minimum, Sim berkata, ia dijangka dilaksanakan dalam tahun ini.

Beliau berkata, kajian teknikal mengenai perkara itu telah siap dan akan dibentangkan pada mesyuarat Majlis Perundingan Gaji Negara dalam masa terdekat dan seterusnya kepada Jemaah Menteri. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad