Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lagu Nasyid Di AJL Boleh Beri ‘Warna’ Dalam Pertandingan

Ikhwan turut berkolaborasi dengan Wan Saleh menghasilkan lagu terbaharu bertajuk 'Kita Adalah Satu' untuk kempen kesedaran isu Palestin.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2022 4:22PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi dan komposer, Ikhwan Fatanna merasakan jika lagu-lagu nasyid berkonsepkan kemanusiaan diberi peluang untuk tampil di pentas besar seperti Anugerah Juara Lagu (AJL), ia akan memberi lebih banyak warna dalam acara berprestij tersebut. 

Melihat senarai lagu yang berjaya mara ke pentas akhir AJL 36, pentas berprestij itu dilihat sudah membuka ruang kepada pemuzik Indie menerusi lagu 'Pelukan Angkasa' nyanyian SOG dan Shila Amzah.

Senario yang sama juga tidak mustahil terjadi sekiranya lagu nasyid boleh membolosi carta seterusnya sama-sama bersaing di acara tersebut.

Pernah menghasilkan beberapa lagu yang berjaya membolosi senarai akhir AJL seperti  'Jatuh Bangun' dan 'Kisah Cinta Kita', Ikhwan kini menghasilkan sebuah lagu baru bersama Wan Saleh bertajuk 'Kita Adalah Satu' yang menampilkan barisan selebriti seperti Inteam, Syamel, The Helmis, Aniq Muhai, Fitri Haris, dan Adeep Nahar. 

“Tak mustahil untuk masuk pentas AJL jika ada yang hantar dan undi lagu ini. Manalah tahu jika penerbit Muzik Muzik mahu terima konsep lagu yang baharu.

"Bagi saya, jika lagu nasyid dan kemanusiaan begini berada di pentas AJL, ia akan memberikan lebih banyak warna kepada persembahan pertandingan itu nanti,” katanya kepada Getaran ketika sidang media lagu 'Kita Adalah Satu' baru-baru ini. 

Menurutnya, penghasilan lagu 'Kita Adalah Satu' bersama Wan Saleh berjalan lancar dan mudah untuk dihasilkan.

“Lagu ini kami buat dalam keadaan gembira. Alur lagu, melodi dan liriknya mudah untuk disiapkan. Mungkin ilham lagu ini dimudahkan sebab ramai yang mendoakan,” tambahnya. 

Berbangga menjadi salah seorang penyanyi yang terpilih untuk projek ini, Fitri Harris mendedahkan proses rakaman lagu ini tidak mudah dan memakan masa seharian untuk disiapkan.

“Tak mudah menggabungkan ramai penyanyi dalam satu lagu dan sedap didengar kerana cara nyanyian masing-masing pun berbeza. Proses rakaman untuk bahagian nyanyian saya sahaja mengamil masa seharian dari siang ke malam.

“Namun, 'Kita Adalah Satu' bukan sekadar lagu tetapi ia sebahagian daripada perjuangan dan tanggungjawab saya untuk menyampaikan sesuatu melalui nikmat suara ini,” katanya.

'Kita Adalah Satu' merupakan lagu untuk kempen MyAqsa Defenders bagi menyuntik kesedaran khususnya anak muda dalam memperjuangkan isu Palestin. - Getaran, 19 Januari 2022

Gambar: Instagram Ikhwan Fatanna, Instagram Muzik Muzik

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 bulan yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

2

Luar Negara 7 bulan yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

3

Muzik 7 bulan yang lalu

Kecoh! Video Helo Kuala Lumpur Di Youtube Jadi Kontroversi Di Indonesia?

4

Muzik 10 bulan yang lalu

Lagu Terakhir Beatles Disiapkan Dengan Bantuan AI

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

oleh Rahayu MN

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

Pesta yang berlangsung mulai esok hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya adalah hasil kerjasama Tonton dan Animax + GEM

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 17 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar