web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hizbullah Dakwa Lancar 24 Serangan Terhadap Tentera Israel Di Selatan 

Luar Negara Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2026 9:51AM

Gambar REUTERS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISTANBUL - Kumpulan Hizbullah pada awal Isnin mendakwa ia melancarkan 24 serangan menyasarkan kedudukan tentera Israel, anggota tentera dan kenderaan tentera di selatan Lubnan dalam tempoh 24 jam lalu, lapor Anadolu Ajansi.

Kumpulan itu memaklumkan serangan berkenaan menyasarkan kumpulan tentera Israel, kereta kebal Merkava, jentolak D9, peralatan ketenteraan dan pusat pemerintahan yang baharu diwujudkan di beberapa kawasan sempadan termasuk Khiam, Deir Seryan, Tayr Harfa, Bayyada, Rashaf dan Nagoura.

Menurut kumpulan itu, operasi itu melibatkan explosive drone (dron peledak), bedilan roket, tembakan artileri dan peluru berpandu, selain mendakwa beberapa serangan itu mengenai sasaran yang disahkan.

Kumpulan itu mendakwa serangan berkenaan dilancarkan sebagai tindak balas terhadap pelanggaran perjanjian gencatan senjata oleh Israel serta serangan ke atas orang awam dan perkampungan di selatan Lubnan.

Walaupun gencatan senjata berkuat kuasa sejak 17 April lepas dan kemudian dilanjutkan hingga pertengahan Mei, tentera Israel masih meneruskan serangan harian di Lubnan serta berbalas tembakan dengan Hizbullah.

Serangan Israel di Lubnan sejak 2 Mac, tidak lama selepas perang Iran bermula pada akhir Februari, mengorbankan 2,846 orang, mencederakan 8,693 yang lain dan menyebabkan lebih satu juta penduduk kehilangan tempat tinggal.

Israel turut mengekalkan apa yang dipanggil sebagai "zon penampan" di wilayah Lubnan.

Amerika Syarikat (AS) dijadual menjadi tuan rumah rundingan damai antara kedua-dua pihak pada 14 hingga 15 Mei ini di Washington DC. - BERNAMA-ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 hari yang lalu

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

2

Luar Negara 5 hari yang lalu

Kucing Masih Hidup Ditemui Bawah Runtuhan Gempa Bumi, Jadi Simbol Harapan

3

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

4

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad