web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


11 Lagi Kapal Belayar Ke Gaza Cabar Sekatan Israel

Luar Negara Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2025 12:27PM

Gambar FFC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISTANBUL - Sebanyak 11 lagi kapal sedang belayar menuju Semenanjung Gaza bagi mencabar sekatan Israel yang berlarutan selama bertahun-tahun, menurut pertubuhan antarabangsa Freedom Flotilla Coalition (FFC) pada Khamis.

FFC dalam satu kenyataan berkata dua bot yang mengibarkan bendera Itali dan Perancis berlepas dari Otranto, Itali pada 25 September dan disertai kapal Conscience pada 30 September lapor Anadolu Ajansi.

Menurut FFC, kapal-kapal berkenaan dijangka bergabung dengan satu lagi konvoi lapan buah bot, "Thousand Madleens to Gaza," dalam tempoh beberapa jam lagi. Kedua-dua kumpulan itu akan membentuk konvoi 11 kapal menuju Gaza.

Menurut gabungan itu, kira-kira 100 orang berada di atas kapal berkenaan, yang kini berada di perairan Crete.

FFC, yang ditubuhkan pada 2008 telah melancarkan puluhan misi untuk menghantar bantuan dan menarik perhatian global terhadap krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza yang dikepung Israel.

Konvoi baharu ini berlepas sehari selepas pasukan tentera laut Israel menyerang dan merampas 42 bot yang belayar ke Gaza untuk mencabar sekatan Israel serta menahan lebih 450 aktivis di atas kapal.

Israel sebelum ini telah menyerang kapal menuju Gaza, merampas kargo mereka dan menghantar pulang aktivis yang berada di atas kapal.

Rejim itu mengekalkan sekatan ke atas Gaza yang dihuni hampir 2.4 juta penduduk selama hampir 18 tahun dan mengetatkan lagi sekatan pada Mac lalu apabila menutup lintasan sempadan serta menghalang penghantaran makanan dan ubat-ubatan, menyebabkan wilayah itu terjerumus ke dalam kebuluran.

Sejak Oktober 2023, pengeboman Israel telah meragut nyawa lebih 66,200 penduduk Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan hak asasi berulang kali memberi amaran bahawa wilayah itu tidak lagi boleh didiami, dengan kebuluran dan penyakit merebak pantas. - BERNAMA - ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 5 hari yang lalu

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

2

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

3

Luar Negara 2 minggu yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

4

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad