web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Global Sumud Flotilla: Serangan Kedua Landa Kapal Misi Bantuan

Luar Negara Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2025 5:16PM

Kapal didaftarkan di bawah bendera Britain itu diserang ketika berlabuh di Tunisia - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Global Sumud Flotilla (GSF) melaporkan serangan dron kedua terhadap salah sebuah kapalnya pada lewat malam Selasa ketika berlabuh di sebuah pelabuhan di Tunisia. 

Kapal dikenali sebagai Alma itu yang membawa sukarelawan antarabangsa termasuk rakyat Malaysia, mengalami kerosakan akibat kebakaran di bahagian dek susulan insiden berkenaan.

Menurut penganjur flotila, kapal yang didaftarkan di bawah bendera Britain itu berlabuh di Pelabuhan Sidi Bou Said ketika diserang.

Sukarelawan Malaysia, Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman berkata, dua kapal milik mereka, Iylia dan Sul telah disasarkan dron ketika berlabuh di Tunisia. 

“Bagaimanapun kami bersyukur kepada Allah kerana tiada kecederaan dilaporkan,” katanya yang juga pengasas Cinta Salam Malaysia (CSM dalam satu hantaran di Threads.

GSF turut memuat naik rakaman video di Instagram yang didakwa menunjukkan sebuah objek menuju ke arah sebelum api marak di dek. 

Agensi berita REUTERS bagaimanapun tidak dapat mengesahkan kesahihan rakaman tersebut.

Serangan terbabit merupakan insiden kedua dalam tempoh dua hari dan pada Isnin lalu, laporan mengenai serangan pertama dinafikan pihak berkuasa Tunisia. 

Setakat ini, pihak berkuasa Tunisia masih belum memberi sebarang komen mengenai serangan terbaharu, manakala Pengawal Pantai enggan mengulas lanjut.

Anggota jawatankuasa pemandu GSF, Saif Abukeshek, menuduh Israel sebagai dalang serangan tersebut. 

“Israel terus melanggar undang-undang antarabangsa dan menakut-nakutkan kami, namun kami akan tetap belayar untuk memecahkan sekatan Gaza walau apa pun yang mereka lakukan,” katanya kepada REUTERS.

Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap flotila berkata, serangan berulang itu adalah sebahagian daripada usaha untuk menggagalkan misi mereka. 

“Serangan-serangan ini berlaku ketika Israel meningkatkan serangan terhadap rakyat Palestin di Gaza, dan ia adalah usaha terancang untuk mengalihkan serta menjejaskan misi kami.

“Namun, Global Sumud Flotilla tetap tidak akan berganjak,” katanya. 

Selepas kejadian, ratusan penunjuk perasaan berkumpul berhampiran pelabuhan sambil mengibarkan bendera Palestin dan melaungkan slogan menentang Israel serta Amerika Syarikat. 

Flotila tersebut disertai aktivis dan pekerja kemanusiaan dari 44 negara, termasuk aktivis iklim Sweden Greta Thunberg dan ahli politik Portugal, Mariana Mortágua. 

Jun lalu, pasukan tentera laut Israel memintas sebuah kapal flotila yang turut membawa Thunberg dan mendakwa, operasi berkenaan sekadar “gimik propaganda” menyokong Hamas.

Israel mengekalkan sekatan laut dan darat ke atas Gaza sejak 2007 dengan alasan untuk menghalang penyeludupan senjata. 

Sekatan itu dibuat sejak perang terkini yang tercetus pada Oktober 2023, selepas Hamas melancarkan serangan besar-besaran di selatan Israel yang mengorbankan 1,200 orang serta menawan kira-kira 250 tebusan. 

Sebagai tindak balas, Israel melancarkan serangan ketenteraan besar-besaran di Gaza. 

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, lebih 64,000 rakyat Palestin terbunuh, manakala sebahagian wilayah kini berdepan kebuluran, seperti dilaporkan badan pemantau makanan antarabangsa.

Walaupun berdepan risiko yang semakin meningkat, Global Sumud Flotilla tetap bertegas akan meneruskan misi menyampaikan bantuan kemanusiaan terus ke Gaza. - Getaran, 10 September 2025

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 5 hari yang lalu

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

2

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

3

Luar Negara 2 minggu yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

4

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran