web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hari Ke-128 Genosid Di Gaza: Puluhan Lagi Terbunuh Apabila Israel Terus Mengganas

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2024 7:59PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GAZA - Berpuluh-puluh lagi rakyat Palestin dilaporkan terbunuh atau cedera, termasuk kanak-kanak dan wanita dalam tempoh beberapa jam lalu, akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza yang kini masuk hari ke-128.

Pihak berkuasa kesihatan di Gaza melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 25 orang awam terbunuh, dan puluhan lagi cedera selepas serangan Israel menyasarkan tempat penduduk yang hilang tempat tinggal berlindung di timur Rafah iaitu kawasan yang ditetapkan sebagai 'zon selamat', lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Serentak itu, meriam Israel membedil kawasan tengah Gaza dan jumlah yang terkorban serta cedera tidak dapat dipastikan.

Sementara itu, pesawat pejuang Israel melakukan beberapa siri serangan udara di kawasan selatan Khan Yunis pada sebelah pagi. Jumlah mangsa yang maut tidak dapat disahkan, namun sumber tempatan menyatakan bahawa serangan udara ke atas rumah keluarga Abu Salimah di Deir al-Balah menyebabkan seorang wanita maut dan beberapa lagi cedera, termasuk seorang kanak-kanak.

Di selatan Gaza, pesawat pejuang Israel meneruskan serangan udara di kawasan Rafah, di tengah-tengah laporan mengenai pencerobohan darat ke atas bandar berpenduduk padat yang menempatkan lebih 1.3 juta penduduk.

Laporan perubatan mengesahkan kira-kira 42 orang awam terbunuh akibat serangan udara Israel di bandar Rafah sejak pagi semalam. - BERNAMA-WAFA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

2

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Suspek Kes Bunuh Nurfisya Kembali Ke Mahkamah, Tempoh Reman Dilanjut

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Malaysia Kekal Teguh Bersama Gaza, Keberanian Sukarelawan Simbol Solidariti - PM

4

Semasa 8 bulan yang lalu

M’sia Negara Tunggal Suarakan Isu Gaza Kepada Trump - PM

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad