web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Tidak Mahu OIC Keluarkan Kenyataan Mengutuk Semata-Mata - Zambry

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2023 8:53AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RIYADH - Malaysia tidak mahu mesyuarat dan pertemuan-pertemuan dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berkenaan Palestin hanya sekadar berakhir dengan kenyataan mengutuk semata-mata tanpa mengemukakan sebarang langkah konkrit untuk bergerak ke hadapan.

Sebaliknya, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, perlu ada penegasan daripada negara-negara anggota OIC supaya gencatan senjata disegerakan dan pembunuhan yang sedang berlaku di Palestin ketika ini dihentikan.

"Kita tidak mahu mesyuarat, pertemuan demi pertemuan (OIC), tetapi ia tidak memberikan apa-apa impak, tidak menghasilkan apa-apa.

"Perlu ada penegasan, ada langkah-langkah ke hadapan daripada negara-negara anggota untuk menyegerakan proses gencatan senjata, untuk segera dihentikan serangan dan pembunuhan kejam oleh rejim (Israel) yang tidak berperikemanusiaan ini," katanya kepada wartawan Malaysia di sini, hari ini.

Sebelum itu, beliau telah menghadiri mesyuarat menteri-menteri luar OIC bersempena dengan Sidang Kemuncak Tergempar OIC kali kelapan yang akan berlangsung hari ini, di ibu negara Arab Saudi itu.

Sidang kemuncak tergempar itu akan membincangkan kekejaman dan serangan berterusan yang tidak berperikemanusiaan oleh rejim Israel terhadap Palestin.

Dihoskan oleh Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman, sidang kemuncak itu akan turut dihadiri oleh pemimpin dan wakil negara anggota OIC.

Sidang kemuncak tergempar itu adalah hasil kerjasama utuh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama beberapa pemimpin OIC.

Perdana Menteri dijangka tiba di Riyadh hari ini bagi menghadiri sidang kemuncak tergempar itu, dan beliau dijangka menyuarakan ketegasan pendirian Malaysia berkenaan isu Palestin yang telah berlarutan sejak sekian lama.

"Apa yang perlu ada adalah, langkah segera untuk menamatkan peperangan ini. Kita tidak boleh membiarkan pembunuhan kejam dilakukan, kanak-kanak, wanita dan orang awam dibunuh dengan kejam atas nama hak mereka (Israel) untuk self-defence," kata Zambry.

Beliau berkata, sidang kemuncak tergempar OIC hari ini akan didahului dengan Sidang Kemuncak Negara-Negara Arab.

Zambry berkata, satu kenyataan bersama akan dikeluarkan pada akhir kedua-dua sidang kemuncak itu, yang diharap dapat memberikan impak besar.

Ini katanya, adalah kerana Malaysia mahu tindakan yang benar-benar konkrit untuk menyelesaikan masalah rakyat Palestin, bukan sahaja di Gaza tetapi juga di Tebing Barat yang mula diserang oleh rejim Israel.

Serangan berterusan tanpa henti rejim Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza sejak kira-kira sebulan lalu  telah membunuh lebih 11,000 orang, dengan sebahagian besar daripada yang terbunuh itu adalah penduduk awam terutamanya wanita dan kanak-kanak. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad