web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


22 Maut, Gaza Dibedil Serangan Roket Rejim Zionis

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2023 8:46PM

Tangkap layar video yang memaparkan sebuah bangunan sedang dibedil roket Rejim Zionis - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GAZA/JERUSALEM - Serangan roket besar-besaran dilancarkan dari Semenanjung Gaza ke Israel, manakala sebilangan pejuang Palestin telah menembusi Israel dari Gaza, menurut tentera Israel Sabtu.

Menurut sumber perubatan Israel, pusingan baharu konflik antara kedua-dua pihak telah mengorbankan 22 warga Israel.

Serangan mengejut bermula beberapa minit sebelum 7 pagi waktu tempatan (0400 GMT) pada hari cuti Israel Simchat Torah, lapor Xinhua.

Dua jam selepas serangan bermula, tentera udara Israel melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza. Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant turut mengerah askar simpanan.

Rakaman di media sosial menunjukkan lelaki bertopeng memandu di sekitar bandar Sderot Israel sambil melepaskan tembakan di jalanan. Saluran berita Israel memetik kenyataan penduduk beberapa bandar di sempadan Gaza bahawa terdapat lelaki bertopeng di jalanan sambil memegang senjata api.

Mohammed al-Deif, seorang pemimpin Hamas, mengumumkan permulaan operasi ketenteraan baharu "Banjir Al-Aqsa" terhadap Israel, melalui satu kenyataan ringkas yang dirakamkan.

Pihak berkuasa kesihatan Hamas dalam satu kenyataan akhbar memaklumkan bahawa Israel menyerang sebuah hospital di utara Gaza, membunuh seorang pekerja dan mencederakan beberapa penduduk tempatan.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, terdapat protes di sempadan, dengan penunjuk perasaan membakar tayar dan membaling bahan letupan ke arah tentera Israel. Hamas berkata bantahan itu sebagai reaksi terhadap lawatan Yahudi ke masjid Al Aqsa di Baitulmaqdis baru-baru ini. Sebagai tindak balas, Israel telah menghalang kemasukan penduduk Gaza yang mempunyai permit untuk bekerja di negara itu.

Komando Barisan Dalam Negeri Israel telah mengumumkan sekolah akan ditutup pada hari Ahad di banyak kawasan di seluruh negara. - BERNAMA-XINHUA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

2

Luar Negara 5 hari yang lalu

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

3

Luar Negara 1 minggu yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

4

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 21 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad