web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


OIC Gesa Tindakan Lanjut Dunia Perangi Islamofobia, Alu-Alukan Mesyuarat Kuala Lumpur

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2023 1:06PM

OIC pada Ahad menggesa tindakan lanjut masyarakat dunia untuk memerangi Islamofobia selepas mesyuarat luar biasa Jawatankuasa Eksekutifnya di Jeddah. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW DELHI - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Ahad menggesa tindakan lanjut masyarakat dunia untuk memerangi Islamofobia selepas mesyuarat luar biasa Jawatankuasa Eksekutifnya di Jeddah.

Dalam pernyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat untuk membincangkan perbuatan mencemari kesucian al-Quran di Sweden baru-baru ini, kumpulan 57 negara itu menyatakan kebimbangan terhadap peningkatan sikap tidak bertoleransi, diskriminasi dan keganasan terhadap umat Islam selain menegaskan Islamofobia semakin meningkat di banyak bahagian dunia.

Menurut OIC, pihaknya amat bimbang dengan "kemunculan semula gerakan perkauman dan ekstremisme di beberapa wilayah di dunia melalui tindakan provokasi berulang oleh penyokong sayap kanan yang menghina simbol Islam dan kesuciannya".

Sweden berdepan kecaman meluas dunia Islam selepas seorang lelaki mengoyak dan membakar al-Quran dengan kebenaran polis di luar Masjid Pusat Stockholm pada 28 Jun, hari pertama Aidiladha.

Negara anggota menggesa Setiausaha Agung OIC Hissein Brahim Taha "untuk mempertimbangkan mengadakan lawatan rasmi ke Stockholm dan Suruhanjaya Kesatuan Eropah untuk menyatakan kecaman terhadap insiden itu" dan meminta mereka mencegah perbuatan tersebut di bawah alasan kebebasan bersuara.

OIC juga digesa meletakkan penodaan kitab suci dan simbol Islam dalam agenda mesyuarat penyelarasan menteri luar OIC di luar mesyuarat Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang akan datang di New York dan sidang kemuncak Islam di Gambia untuk mengambil tindakan selanjutnya menangani Islamofobia.

Badan antarabangsa itu juga mengalu-alukan penganjuran persidangan antarabangsa mengenai Islamofobia dan diskriminasi anti-Muslim dari 22 hingga 23 Ogos di Kuala Lumpur dengan penyelarasan Sekretariat Agung OIC. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

OIC Kutuk Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan Israel Di Semenanjung Gaza

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Ops Mulia: 164 Individu Ditahan, Al-Quran Dan Bahan Ayat Suci Bernilai RM3.1 Juta Dirampas

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Amnesty International, OIC Desak Siasatan Segera Terhadap Serangan Bantuan Di Gaza

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Cabul Pesakit Bawah Umur, Pakar Perubatan Hospital Swasta Dipenjara 7 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad