web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Amnesty International, OIC Desak Siasatan Segera Terhadap Serangan Bantuan Di Gaza

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2024 1:25PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ANKARA - Amnesty International pada Khamis menggesa siasatan segera terhadap pembunuhan lebih 100 rakyat Palestin yang menunggu bekalan makanan di Gaza oleh tentera Israel.

Dalam satu kenyataan di X, kumpulan hak asasi manusia itu berkata, mesti ada siasatan segera berhubung laporan ngeri bahawa berpuluh-puluh rakyat Palestin terbunuh dan cedera ketika cuba menerima bantuan makanan di utara Gaza hari ini, lapor Agensi Anadolu.

Amnesty International berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap insiden itu sebagai sebahagian daripada 'dokumentasi berterusan terhadap pencabulan ke atas orang awam Palestin'.

Kenyataan itu dibuat selepas tentera Israel menyerang sekumpulan penduduk Palestin pada awal Khamis ketika mereka menunggu bantuan kemanusiaan di Bandaraya Gaza.

Menurut Kementerian Kesihatan, insiden itu membunuh sekurang-kurangnya 112 orang dan mencederakan 760 yang lain.

Menekankan krisis kemanusiaan yang teruk di Gaza, organisasi itu merujuk kepada amaran PBB baru-baru ini mengenai ancaman kebuluran dan menyalahkan krisis itu kepada 'kepungan haram dan serangan tanpa henti' Israel di wilayah itu sejak 16 tahun lalu.

"Gesaan oleh Menteri Keselamatan Israel (Itamar) Ben-Gvir selepas tragedi hari ini untuk menghentikan penghantaran bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza adalah keterlaluan dan tidak berperikemanusiaan," katanya.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berkata, ia mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan beramai- ramai dan jenayah perang yang berterusan yang dilakukan oleh tentera rejim, termasuk pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin yang sedang menunggu trak bantuan di bulatan Nabulsi berhampiran Al-Rashid Street di Bandaraya Gaza.

OIC juga menggesa masyarakat global untuk segera menghentikan 'jenayah genosid' Israel dan memastikan perlindungan antarabangsa terhadap orang awam Palestin, selain menjamin penghantaran barang keperluan penting dan bantuan kemanusiaan yang berterusan untuk mereka.

Serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu membunuh sekurang-kurangnya 30,035 penduduk Palestin dan menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan.

Israel telah mengenakan sekatan yang melumpuhkan Semenanjung Gaza, menyebabkan penduduknya khususnya di utara Gaza kini di ambang krisis kebuluran. - BERNAMA-ANADOLU AGENSI

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

YSIJ Hulur 1,000 Bakul Makanan, Baiki Rumah Mangsa Banjir Di Batu Pahat

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Malaysia Kekal Teguh Bersama Gaza, Keberanian Sukarelawan Simbol Solidariti - PM

3

Semasa 8 bulan yang lalu

M’sia Negara Tunggal Suarakan Isu Gaza Kepada Trump - PM

4

Semasa 9 bulan yang lalu

FFCxTMTGM Hampiri Zon Kuning, Conscience Perlahankan Pergerakan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad