web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


OIC Kutuk Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan Israel Di Semenanjung Gaza

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2024 1:51PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk pembunuhan beramai-ramai yang tragis dan berterusan oleh pendudukan Israel di wilayah Palestin yang diduduki susulan laporan penemuan kubur besar baru-baru ini di pekarangan Kompleks Perubatan Nasser di Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza.

OIC dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, penemuan itu menunjukkan beratus-ratus individu yang hilang tempat tinggal, cedera dan sakit serta konvoi perubatan, dikenakan penyeksaan dan penderaan sebelum dibunuh dan dikebumikan secara besar-besaran.

"OIC menganggap ini sebagai jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan dan keganasan negara terancang yang memerlukan penyiasatan, pertanggungjawaban dan sekatan di bawah undang-undang jenayah antarabangsa," menurut kenyataan itu.

OIC menganggap pendudukan Israel bertanggungjawab atas kesan jenayahnya dan amalan pengganas yang berterusan terhadap rakyat Palestin, sambil menekankan bahawa Mahkamah Jenayah Antarabangsa mesti memikul tanggungjawabnya dalam hal ini.

"OIC memperbaharui gesaannya kepada masyarakat antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan, mengenai keperluan untuk menghentikan jenayah perang yang dilakukan oleh pendudukan Israel di Semenanjung Gaza dan memberikan perlindungan antarabangsa kepada rakyat Palestin," menurut kenyataan itu.

Agensi pertahanan awam Gaza dalam kenyataan pada Isnin berkata pekerja kesihatan telah menemukan sekurang-kurangnya 283 mayat yang dikebumikan dalam kubur besar di pekarangan hospital itu selepas tentera Israel berundur dari bandar itu pada 7 April berikutan serangan darat selama 4 bulan.

Sekurang-kurangnya 34,151 rakyat Palestin terbunuh dan 77,000 yang lain cedera dalam perang Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan yang teruk di kawasan itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad