web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Lelaki Itu 2, Erma Akui Tiada Untung Kerana Bayaran Pelakon Mahal 

Biarpun drama Lelaki Itu menerima capaian di media sosial sebanyak 1.13 bilion, namun Erma enggan menyambung drama itu untuk musim kedua

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2024 9:17PM

Erma Fatima

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penerbit dan penulis skrip drama Lelaki Itu, Erma Fatima akui tidak dapat membuat keuntungan menerusi drama tersebut kerana bayaran untuk para pelakon yang terlibat sangat tinggi. 

Menurut Erma, kesemua pelakon yang terlibat ialah nama-nama besar di dalam industri dan dia terpaksa mengurangkan penampilan mereka agar tidak muncul dalam semua episod. 

"Saya tidak untung satu sen pun. Kalau anda perasan, watak Imani lakonan Fazura tiba-tiba tiada dalam beberapa episod. 

"Biarpun penampilan mereka hanya dua atau tiga babak sahaja dalam satu episod, tetapi saya bayar mereka harga penuh.

"Pada mereka, kesemua mereka adalah pelakon utama baik Sarimah, Fazura atau Nabila Huda. Mereka tidak terima bayaran sebagai pelakon pembantu tetapi sebagai pelakon utama," katanya kepada Getaran. 

Fenomena drama Lelaki Itu sangat luar biasa sehingga mendapat capaian di platform media sosial sebanyak 1.13 bilion. 

Dengan jumlah capaian sebanyak itu, pasti mana-mana penerbit mahu menghasilkan musim kedua. Namun tidak bagi Erma. 

"Tak mungkin ada Lelaki Itu 2. Saya sudah beritahu awal-awal lagi pada TV3 yang saya tidak akan sambung drama ini. Tak kisah la drama ini meletup sehingga empat bilion ke 10 bilion ke saya tetap tidak akan sambung. 

"Lelaki Itu sudah berada di tahap yang tinggi. Saya tidak mahu rosakkan dan jatuhkan ke bawah kerana saya sudah tidak ada idea. Saya tidak mahu lakukan dalam keadaan terpaksa.

"Lebih baik saya hasilkan drama baharu yang lebih baik untuk lawan Lelaki Itu seperti mana saya hasilkan Lelaki Itu untuk lawan Perempuan Itu," ujarnya. 

Terdahulu drama Lelaki Itu yang dibintangi oleh barisan pelakon handalan seperti Datuk Adi Putra, Che Puan Sarimah Ibrahim, Nur Fazura, Nabila Huda, Hannah Delisha, Aedy Ashraf, Sophia Albrakbah Nadia Brian dan ramai lagi ini telah mencetuskan fenomena tersendiri sejak ditayangkan di slot Samarinda TV3 pada 19  Mac lalu. 

Drama ini mengangkat kisah lelaki yang berpoligami tanpa pengetahuan isteri pertama dan akhirnya meninggal dunia. Selepas meninggal, satu persatu rahsia dalam hidupnya terbongkar sehingga mencetuskan konflik yang melibatkan hukum agama seperti faraid dan nasab keturunan. - Getaran, 2 Mei 2024

Foto : Helmi Anuar, Instagram

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 minggu yang lalu

Disangka Sudah Berkubur, 'Gerak Khas' Hidup Semula Selepas TVS Ambil Alih Legasi Drama Ikonik

2

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Astro dan Disney+ Bawakan Lebih Banyak Rancangan Global Dan Kandungan Tempatan

3

Filem & TV 3 minggu yang lalu

Legasi Sudirman Kembali Bernafas, Biopik Bakal Temui Peminat 2028

4

Filem & TV 4 minggu yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang