web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Situasi Di Asia Barat: Malaysia Gesa Semua Pihak Cari Jalan Penyelesaian Diplomatik

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2024 8:12AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Malaysia menggesa semua pihak yang terbabit dalam insiden terkini di Asia Barat supaya berusaha meredakan ketegangan dan mencari jalan penyelesaian secara diplomatik.

Menurut Wisma Putra, Malaysia sedang memantau situasi terkini di wilayah berkenaan dan menasihatkan rakyat negara ini yang bermastautin atau melancong ke kawasan terbabit supaya sentiasa berwaspada.

"Kementerian Luar Negeri menasihati rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke kawasan tersebut untuk kekal berwaspada dan terus mengikuti perkembangan situasi semasa, sentiasa peka dengan sebarang kemungkinan gangguan jadual penerbangan dan juga disarankan untuk merancang perjalanan mereka dengan sewajarnya," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, Iran di alamat No 25, 2nd Alley, North Zarafshan St., Shahrak-e-Gharb atau hubungi talian +98 21 8807 24444 atau +98 21 8807 8606, juga menerusi e- mel [email protected] atau [email protected].

Semalam, media tempatan melaporkan letupan berlaku di Isfahan, di tengah Iran dan ke barat Tabriz yang terletak di barat laut negara itu.

Insiden itu berlaku selepas Tehran melancarkan serangan misil dan dron ke atas Israel pada Sabtu lalu sebagai tindak balas terhadap serangan Israel ke atas konsulat Iran di Syria yang meragut nyawa tujuh penasihat tenteranya. - Getaran, 20 April 2024

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Gencatan Senjata Sementara Lebih Banyak Bawa Musibah - Anwar

3

Semasa 9 bulan yang lalu

3 Lagi Rakyat Malaysia Ditahan Tentera Israel, Jumlah 15 Setakat Ini - SNCC

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Guna Segala Wahana Bela Palestin, Malaysia Sambut Baik Pendirian Turkiye

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran