web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Undi Pemilih India, Orang Asli Penentu Keputusan PRK KKB - Penganalisis

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2024 9:01PM

PRK DUN Kuala Kubu Bharu menyaksikan saingan empat penjuru antara PH, PN, PRM dan Bebas - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Pengundi daripada kaum India dan Orang Asli dijangka menjadi penentu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu (KKB) pada 11 Mei ini, kata penganalisis politik.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Muhamad Hisomuddin Bakar berkata, ia berdasarkan senario ramalan peluang kemenangan antara Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) .

“Ketika ini peluang kemenangan antara PH dan PN adalah 50-50. Jangkaan kita PRK kali ini kemungkinan jumlah peratusan keluar mengundi terutama kaum Cina akan rendah.

“Jika ia berlaku, maka undi dari kaum India dan etnik Orang Asli akan jadi penentu memandangkan undi Melayu majoritinya seakan memihak PN,” katanya kepada Getaran.

Muhamad Hisomuddin Bakar - gambar LinkedIn
Muhamad Hisomuddin Bakar - gambar LinkedIn

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai  perkembangan PRK Kuala Kubu Bharu.

PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) KKB diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lalu.

DUN itu merupakan kerusi campuran dengan komposisi 53.4 peratus adalah pengundi Melayu, 30.5 peratus pengundi Cina, dan 15.8 peratus pengundi India. 

KKB turut dibarisi 2,000 pengundi Orang Asli.

Tambah Hisomuddin, pemerhatiannya juga mendapati suasana berkempen PRK KKB adalah sama seperti PRK sebeum ini iaitu di Simpang Jeram dan Pelangai.

Jelasnya, di lapangan, suasana kempen PRK KKB lebih tenang dan kesemua calon tertumpu menjalankan kempen dan ceramah secara berkelompok.

“Tetapi suasana itu tidak sama di media sosial yang agak tegang dengan banyak isu dimainkan,” katanya merujuk isu pendidikan calon yang ditimbulkan oleh penyokong kedua- dua parti.

Penganalisis politik veteran, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain pula meramalkan kedudukan PH agak goyah dalam PRK KKB.

Profesor Dr Ahmad Atory Hussain - gambar Facebook
Profesor Dr Ahmad Atory Hussain - gambar Facebook

Katanya, corak pengundian sokongan Melayu kini mula berubah dan banyak memihak kepada PN.

“Jika PN mendapatkan sokongan utuh daripada kaum Melayu terutama dengan adanya sokongan protes daripada pengundi UMNO, saya kira kelebihan adalah kepada PN,” katanya.

Namun beliau berkata ia tidak bermaksud PN dalam kedudukan yang selesa untuk merampas kerusi DUN itu daripada DAP.

Ujarnya, cabaran terbesar PN adalah berdepan calon parti pemerintah yang mempunyai kelebihan dari segi sumber jentera dan dana.

“Sekiranya ia Pilihan Raya Umum saya andaikan peluang menang PN akan lebih tinggi. 

“Namun oleh kerana ia adalah PRK semuanya akan tertumpu di kerusi itu yang mana kita tahu PH kini mewakili kerajaan jadi mereka ada kelebihan dari segi jentera, petugasnya dan dana. Bagi saya ia adalah cabaran terbesar untuk PN,” katanya.

PRK KKB menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Pang Sock Tao (PH), Khairul Azhari Saut (PN), Hafizah Zainudin dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Nyau Ke Xin (Bebas). 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei, manakala 27 April sebagai hari penamaan calon.

Hari pengundian awal pula ditetapkan pada 7 Mei dengan tempoh berkempen selama 14 hari. - Getaran, 2 Mei 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad