web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Martabatkan Tenunan Melayu Yang Kurang Dapat Perhatian, Titah Tuanku Zara

Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2024 8:27AM

Tuanku Zara Salim bertitah semasa merasmikan Pameran Limar Tenunan 'Warisan yang kian dilupakan' di Muzium Seni Asia Universiti Malaya di Kuala Lumpur, malam tadi. - Gambai BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim mahu pihak yang berkaitan mengangkat hasil tenunan Melayu yang kurang mendapat perhatian supaya menjadi inspirasi rekaan kepada pereka tekstil sekali gus menjadikan setiap rekaan mempunyai jati diri dan gambaran nuansa masyarakat.

Tuanku Zara bertitah usaha yang komprehensif perlu dilaksanakan dengan penglibatan pelbagai pihak agar manfaat penyelidikan dan keistimewaan tenunan ini dapat diketengahkan kepada lebih ramai lagi selain terus membugar dan tidak ditelan zaman.

"Usaha pihak muzium mempamerkan dan mendokumentasikan koleksi limar yang dimiliki merupakan satu usaha yang terpuji.

"Limar merupakan antara tenunan sutera Melayu yang menggunakan teknik ikat yang kurang mendapat perhatian sewajarnya tidak seperti tekstil-tekstil Melayu yang lain seperti songket dan batik. Umumnya, di Semenanjung limar dibuat dan banyak boleh ditemui di Kelantan, Terengganu, Patani (Thailand) dan Utara Perak," titah Tuanku Zara semasa merasmikan Pameran Limar Tenunan 'Warisan yang kian dilupakan' di Muzium Seni Asia Universiti Malaya di sini malam tadi.

Sementara itu, Tuanku Zara bertitah pembuatan kain limar yang kompleks dan penggunaan bahan mewah seperti sutera bermutu tinggi, bahan perwarna yang diimport dan benang emas menyebabkan kesenian ini terpinggir.

Keberangkatan tiba Tuanku Zara pada jam 8.30 malam tadi diiringi Naib Canselor UM Prof Datuk Seri Dr Noor Azuan Abu Osman dan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Tan Sri Zarinah Anwar. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Beri Peluang Anak Didik Berfikiran Kreatif, Pendidikan Berteraskan Realiti

2

Budaya 4 tahun yang lalu

'Menyulam Harapan' : Batik Tenun Pahang Tampil Julung Kalinya Di Minggu Kraf London

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM