Berita Terkini

18 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


'Menyulam Harapan' : Batik Tenun Pahang Tampil Julung Kalinya Di Minggu Kraf London

Buat julung kalinya keindahan Tenun Pahang Diraja dipamerkan kepada dunia di Minggu Kraf London (LCW), yang berlangsung dari Isnin hingga 15 Mei.

Budaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2022 8:27AM

Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buat julung kalinya keindahan Tenun Pahang Diraja dipamerkan kepada dunia di Minggu Kraf London (LCW), yang berlangsung dari Isnin hingga 15 Mei.

Malaysia adalah salah sebuah daripada dua negara terpilih untuk menjayakan Pavilion Negara, yang ditampilkan bagi mengukuhkan festival itu sebagai platform berkongsi perspektif global, dan menyerlahkan perhatian terhadap London sebagai hab antarabangsa untuk mempertemukan pembuat dan kreativiti cemerlang dari seluruh dunia.

Satu lagi Pavilion Negara adalah Norway.

Dengan diterajui Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, pameran itu mengetengahkan program tenunan dari penjara, yang menampilkan tenunan tradisional lengkap dengan penenun bertugas, fabrik arkib dari Muzium Pahang dan pilihan pakaian Tunku Azizah sendiri, serta koleksi Tenun peribadi.

“Semua ini adalah berkaitan menyulam harapan. Kisah ini sendiri adalah mengenai harapan hari ini. Kami berharap dapat menghidupkan semula sulaman Tenun Pahang,” titah Seri Paduka Baginda semasa melancarkan Pameran Tenun Pahang Diraja di bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square, London.

“Harapan saya adalah untuk menghidupkan semula tenunan (Tenun Pahang), dan harapan saya untuk seni tenun bertahan, semuanya bergantung kepada banduan (menerusi program tenunan penjara).

“Mereka adalah harapan saya untuk kelangsungan seni tenun. Mereka yang menjayakannya, dan kerana mereka, kini terdapat lebih 200 penenun,” titah baginda yang membandingkan 15 penenun lama di Pahang pada 2006.

Raja Permaisuri turut memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada Kerajaan Malaysia, khususnya Jabatan Penjara, Institut Kraf Negara dan jabatan berkaitan, kerana 'memberi harapan dan peluang kedua' bukan sahaja untuk industri tenunan tertua untuk terus hidup, malah juga untuk membina kehidupan baharu bagi banduan.

“Ia salah satu industri tenunan tertua, berusia 1,000 tahun dengan bantuan Jabatan Penjara dan banduan, yang menghasilkan reka bentuk dan menenun.

“Senyuman di wajah mereka mencairkan hati saya. Saya melayan mereka seperti kawan. Selain menenun, mereka juga diajar memasak.

“Harapan paling besar (mereka) ialah diberi harapan untuk menjadi insan yang lebih baik, yang berkemahiran, dan memulihkan mereka agar dapat kembali kepada masyarakat sebaik sahaja mereka dibebaskan dari penjara,” titah Baginda.

Antara orang kenamaan yang hadir di majlis pelancaran hari ini ialah Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Zakri Jaafar, Komisioner Jeneral Jabatan Penjara Datuk Nordin Muhammad, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia Aididah Ibrahim dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan mengadap Raja Permaisuri dan melawat Pameran Tenun Pahang: Menyulam Harapan LCW, Selasa.

Perdana Menteri yang dalam perjalanan ke Washington untuk Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat, juga dijadualkan menghadiri majlis Hari Raya Aidilfitri Keluarga Malaysia bersama dengan rakyat Malaysia di United Kingdom.

Tunku Azizah, yang merupakan penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja dalam titahnya menyuarakan rasa cukup teruja terhadap prospek mempamerkan tradisi tenunan Pahang yang berkurun lamanya, disifatkan baginda sebagai “membawa Penjara Penor dan Penjara Bentong (kedua-duanya di Pahang) ke London".

Baginda bertitah tenunan itu dibawa baginda dari penjara, kerana baginda mahu dunia tahu mengenai kerja-kerja yang dilakukan mereka.

"Kita latih mereka (banduan), untuk menyediakan mereka apabila dibebaskan nanti, untuk kelangsungan hidup mereka.

"Ini adalah sebahagian daripada persediaan kami untuk pembinaan Perkampungan Al-Sultan Abdullah yang akan dibangunkan di Pekan - yakni sebuah pusat tumpuan yang boleh didatangi semua bekas banduan. Kita sediakan bengkel bagi membantu mereka menjual hasil tangan mereka,” katanya.

Selain mempamerkan potongan tekstil hasil tangan banduan kedua-dua penjara berkenaan, pameran itu turut menampilkan fabrik arkib Muzium Pahang dan koleksi baju kurung Riau-Pahang serta 20 helai 'samping'.

Bekas banduan Md Ghafawi Mat Said, 52, tampil mempamerkan seni sulaman Tenun Pahang (12 x 3.75 kaki) hiasan dinding Tenun Pahang (hiasan dinding) sepanjang tempoh pameran.

Majlis itu dianjurkan oleh Yayasan Tenun Pahang Diraja dengan kerjasama Kementerian Luar, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Penjara, Muzium Pahang dan Kraftangan Malaysia.

Semasa festival selama seminggu itu, kira-kira 250 pembuat, pereka, jenama dan galeri yang terkenal dan baru muncul dari seluruh dunia berkumpul untuk mempamerkan produk mereka pada festival tahunan itu, yang diadakan di beberapa lokasi di sekitar London. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Hari Raya

2

Selera 3 minggu yang lalu

Biskut Resipi Tunku Azizah Dihasilkan Banduan Laris Dijual

3

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Tate Modern Anjur Iftar Untuk Warga London

4

Selebriti 2 bulan yang lalu

Sarimah Ibrahim Kini Mengorak Langkah Bersama Agensi Berpengkalan Di London

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Skandal Baharu Aliff Aziz Terbongkar, ‘Ibu Terpaling’ Padam IG?

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 17 jam yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

Sheriff:Narko Integriti berjaya peroleh kutipan RM16.3 juta selepas empat hari ditayangkan 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 9 jam yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

Pelakon jelita berkenaan berkongsi kejayaannya itu di akaun media sosial miliknya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 21 jam yang lalu

Industri Hiburan Penghubung Antara Malaysia Dan China – Shila Amzah