web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Beri Peluang Anak Didik Berfikiran Kreatif, Pendidikan Berteraskan Realiti

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2023 3:29PM

Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan menyampaikan watikah pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti kepada bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ismail Bakar Ismail (kanan) pada Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris Ke-25 2023 di Dewan Tunku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANJUNG MALIM - Golongan pendidik perlu memberi peluang kepada anak didik berfikiran kreatif bagi membolehkan mereka mencabar kelaziman serta diserlahkan dengan pelbagai realiti kehidupan, termasuk dipersiap dengan pendidikan berteraskan realiti kehidupan.

Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim bertitah guru yang sejati mempunyai roh, semangat dan jati diri yang ikhlas dalam mendidik anak didiknya, bukan sahaja hebat dalam kaedah pengajaran, malah memiliki sifat pendidik semula jadi lagi berhemah serta disanjung, dihormati selain dikasihi murid dan masyarakat.

Dalam masa sama, Tuanku Zara bertitah, pendidik perlu menjadi warga yang berharga, sedia berkhidmat serta berbakti untuk negara dan masyarakat.

“Perlihatkan sifat-sifat insan berilmu yang tertib, beradab, bersopan dan berbudi bahasa dalam tutur dan perbuatan. Semaikan dan amalkan semangat kenegaraan yang tinggi dengan menumpahkan kesetiaan kepada raja dan negara,” titah Tuanku Zara pada Istiadat Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Ke-25 di sini, hari ini.

Sementara itu, Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff dalam sembah ucapannya berkata, konvokesyen kali ini menganugerahkan ijazah dan diploma kepada 7,616 graduan merangkumi 121 Ijazah Doktor Falsafah, 1,487 Ijazah Sarjana, 4,240 Ijazah Sarjana Muda, 852 diploma serta 916 graduan menerima Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah.

Konvokesyen kali ini turut menganugerahkan ijazah secara anumerta kepada waris seorang pelajar pada 29 November.

Sempena majlis istiadat sesi pertama juga, Tuanku Zara berkenan menyampaikan watikah pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti kepada bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ismail Bakar.

Ismail yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian dari Universiti Malaya, kemudiannya menyambung pengajian peringkat Sarjana di Universiti of Hull, United Kingdom dan memperoleh Sarjana Pentadbiran Perniagaan pada 1995 dan seterusnya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam Federalisme Fiskal pada 2004 di universiti yang sama.

Sepanjang berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama lebih 36 tahun, Ismail pernah memegang beberapa portfolio penting antaranya Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan.

Yang terakhir, beliau dilantik sebagai KSN bermula Ogos 2018 sehingga Disember 2019.

Tuanku Zara turut menyampaikan Anugerah Pelajaran Diraja serta beberapa anugerah termasuk Pingat Emas Canselor, Pingat Emas Lembaga Pengarah Universiti (Kepimpinan), Pingat Emas Naib Canselor, Hadiah dan Anugerah Buku, serta beberapa anugerah daripada tokoh dan pemain industri. 

Anugerah Pelajaran Diraja dianugerahkan kepada dua pelajar cemerlang iaitu Rossalini Ramzi, graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Matematik) dengan Kepujian dan Khoo Shu Yin, graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) dengan Kepujian. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

15 Maut, Bas Dinaiki Penuntut UPSI Terbabit Nahas

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: 26 Saksi Dirakam Keterangan - KP Selangor

3

2 tahun yang lalu

Martabatkan Tenunan Melayu Yang Kurang Dapat Perhatian, Titah Tuanku Zara

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

UPM Bakal Tubuh Fakulti Veterinar, Penternakan di Bintulu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad