web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


UPM Bakal Tubuh Fakulti Veterinar, Penternakan di Bintulu

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2023 4:47PM

Tuanku Canselor UPM, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah pada Majlis Konvokesyen UPM Ke-47 Sidang 1 di Dewan Sri Kenyalang, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB). gambar UPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BINTULU - Universiti Putra Malaysia (UPM) bakal menubuhkan Fakulti Veterinar dan Penternakan di Kampus Bintulu tidak lama lagi, titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sultan Sharafuddin yang juga Canselor UPM bertitah, penubuhan fakulti itu bagi mengukuhkan agenda pertanian dan keterjaminan makanan.

"Penubuhan fakulti ini adalah hasil usaha sama dengan Jabatan Veterinar Sarawak di bawah Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak. Syabas beta ucapkan," titah baginda semasa Majlis Konvokesyen UPM ke-47 Sidang 1 di Dewan Sri Kenyalang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) di sini, hari ini.

Baginda bertitah, UPMKB telah banyak mengadakan kerjasama strategik dalam bidang penyelidikan bersama agensi kerajaan dan industri dan setakat Oktober tahun ini kampus berkenaan telah menerima geran penyelidikan sebanyak RM1.27 juta daripada agensi kerajaan dan swasta.

Sultan Sharafuddin juga melahirkan rasa bangga baginda kerana kerajaan Sarawak bukan hanya amat berkeyakinan untuk meneruskan Kursi Penyelidikan Tok Nan di UPMKB hingga 2027 tetapi juga mewujudkan satu lagi kursi iaitu Kursi PUSAKA-UPM dalam bidang penyelidikan dan pembangunan pengurusan hutan tropika dan hutan tanam, keselamatan makanan serta tenaga diperbaharui.

"Beta juga berbangga dengan kerjasama antara UPM bersama Pejabat Premier Sarawak dalam Projek Transformasi Penanaman Padi AgriHub@Gedong yang pada hemat beta adalah projek yang mampu memberi impak kepada keterjaminan makanan Malaysia khususnya Sarawak dalam peningkatan hasil beras tempatan," titah baginda.

Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin turut berterima kasih kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg kerana sentiasa memberi sokongan dan kepercayaan kepada UPMKB dalam jalinan kerjasama bersama-sama kerajaan negeri untuk membangunkan Sarawak ke arah Negeri Maju 2030.

UPMKB sudah melahirkan 8,413 graduan sejak pembukaan kampus itu pada 2001.

Sultan Sharafuddin berharap graduan dapat terus menghayati prinsip kelima Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan dengan berhemah ketika berkomunikasi khususnya menerusi media sosial.

Baginda mengingatkan mereka supaya tidak memberi komen keterlaluan dan mengeluarkan ayat berunsur fitnah, cacian dan hasad dengki terutamanya melibatkan isu 3R iaitu institusi diraja, agama dan kaum kerana jika berlaku ia boleh merosakkan pemikiran masyarakat.

Seramai 487 graduan terdiri daripada sembilan Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Ijazah Sarjana (12), Bacelor (84) dan Diploma (382) menerima ijazah dan diploma masing-masing dalam pelbagai program pengajian. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

‘Siew Ki, Ronnie Liu, Datang Seminggu Sekali Hayati Makna Rukun Negara’ - Sultan Sharafuddin

2

Semasa 1 bulan yang lalu

'Tiada Siapa Kaya Dalam Politik Melainkan Penyangak’ - Petikan Dikongsi Sultan Selangor Tarik Perhatian Ramai

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sultan Selangor Mahu Orang Melayu Ambil Jalan Perpaduan, Kukuh Keharmonian Sesama Masyarakat

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sultan Sharafuddin Puji Sumbangan Goodyear Kepada Selangor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 21 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad