web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2024 10:42AM

Mohamad Hasan - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW YORK - Malaysia menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melantik Utusan Khas untuk Memerangi Islamofobia, sambil menyeru tindakan segera di peringkat global terhadap gelombang ucapan kebencian dan keganasan yang semakin meningkat terhadap golongan minoriti, khususnya umat Islam.

"Kami terkejut dengan trend kebencian, tidak bertoleransi, dan tindakan keganasan terhadap umat Islam yang semakin membimbangkan. Ini tidak boleh berterusan. Dalam era globalisasi, terdapat ruang untuk semua orang hidup bersama. Tanggungjawab kita, di bawah panji dunia yang bersatu, adalah memastikan keamanan akan kekal.

"Malaysia menggesa pelantikan segera Utusan Khas PBB untuk Memerangi Islamofobia," kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan ketika Perbahasan Umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-79 di sini, pada Sabtu.

Beliau turut menekankan keperluan mendesak untuk langkah-langkah mempromosikan toleransi beragama, dengan menyatakan bahawa "terdapat ruang untuk semua orang hidup bersama dalam era globalisasi."

Mohamad juga mengulangi kesediaan Malaysia untuk menyokong usaha PBB dalam memupuk dialog antara komuniti bagi mempromosikan pemahaman dan penerimaan bersama.

"Kami bersedia menyokong sebarang usaha yang dilakukan oleh PBB ke arah memupuk dialog antara komuniti yang akan mempromosikan penerimaan dan pemahaman di seluruh dunia," katanya.

Sambil mengakui bahawa Islamofobia masih menjadi ancaman besar kepada umat Islam di seluruh dunia, Mohamad menegaskan bahawa isu kebencian terhadap mana-mana kumpulan agama turut menggugat nilai-nilai sejagat mengenai keadilan dan keamanan.

"Islamofobia adalah ancaman kepada umat Islam, tetapi kebencian terhadap pengikut mana-mana agama menggugat nilai-nilai sejagat mengenai keadilan dan keamanan yang kita semua berikrar untuk lindungi. Kita mesti bertindak sekarang. Tiada tempat untuk kebencian atau tidak bertoleransi di dunia kita," katanya.

Tema Perbahasan Umum tahun ini ialah "Tiada Seorang Pun Ditinggalkan: Bertindak Bersama untuk Kemajuan Keamanan, Pembangunan Mampan dan Maruah Manusia untuk Generasi Masa Kini dan Akan Datang." - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Gesa Tingkat Kerjasama  Global Holistik Berasas Kemanusiaan 

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Gempa Bumi Magnitud 4.8 Gegarkan New Jersey, New York

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

'Free Palestine' Terus Bergema Di Bumi 'Uncle Sam'

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Teliti Kaedah Tangani Krisis Penghijrahan Cendekiawan - PM

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar