web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Teliti Kaedah Tangani Krisis Penghijrahan Cendekiawan - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2023 3:44PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai perbincangan meja bulat dengan syarikat Fortune 500 di Harvard Club, New York, Amerika Syarikat pada pagi Khamis. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW YORK - Kerajaan sedang meneliti kaedah untuk menarik rakyat Malaysia yang mahir untuk kembali menyumbang kepada negara dalam usaha menangani krisis penghijrahan cendekiawan atau brain drain yang sedang dihadapi negara ketika ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, kementerian berkaitan termasuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Ekonomi dan Kementerian Pendidikan Tinggi sedang melibatkan mereka yang boleh menyumbang untuk kembali dan ditempatkan dalam bidang kompetensi tertentu untuk membantu Malaysia.

"Saya yakin ini boleh dilakukan, ia adalah berterusan...dan kita harus, seperti yang anda tahu kita telah lama menghadapi masalah penghijrahan golongan intelektual ini.

Golongan cendekiawan, ahli ekonomi terkemuka, akauntan terkemuka meninggalkan (negara) atau telah pergi, jadi sekarang kita perlu memastikan bahawa kita mempunyai sistem yang boleh menggalakkan mereka untuk kembali dengan insentif,” katanya semasa menghadiri majlis makan malam bersama rakyat dan pelajar Malaysia di sini hari ini.

Anwar yang tiba di bandar raya ini pada Rabu, sebelum itu menyampaikan Kenyataan Negara Malaysia pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-78.

Sementara itu, Anwar berkata kerajaan sudah menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji skim gaji penjawat awam tetapi sebarang penstrukturan semula perlu dilakukan berdasarkan kedudukan kewangan negara.

"Apa yang saya warisi adalah hutang RM1.5 trilion, defisit 5.6 peratus, maknanya jika saya pemimpin yang bertanggungjawab saya perlu mengurangkan hutang secara beransur-ansur.

"…dan jika kita bertanggungjawab dari segi dasar ekonomi berhemat, maka kita perlu mengurangkan defisit, daripada 5.6 (peratus) tahun lepas kepada 5.3 tahun ini dan berharap untuk mencapai 5 pada 2024,” katanya.

Mengenai soal pemilikan dua kerakyatan, Anwar berkata perkara itu akan dibincangkan lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan melibatkan keputusan dasar yang utama.

"Menteri Luar dan Menteri Dalam Negeri akan menyediakan kertas kerja dan akan membincangkan implikasinya. Buat masa ini kami tidak memihak tetapi oleh kerana ada permintaan, kami akan melihatnya dan tengok sama ada kami perlu menyesuaikan atau tidak,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika ditanya sama ada terdapat kemungkinan untuk kerajaan membenarkan dwikewarganegaraan bagi menggalakkan golongan profesional Malaysia yang tinggal di luar negara menyumbang kepada pembangunan negara, tanpa perlu memilih antara tanah air dan negara angkat. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad