web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terengganu Tidak Bincang Cadangan Hukuman Sebat Di Khalayak – Azalina

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2024 9:38PM

Hukuman sebat bagi kesalahan syariah. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HULU SELANGOR - Tiada sebarang perbincangan di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan berhubung cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak atau tempat awam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata cadangan berkenaan tidak mudah untuk dilaksanakan kerana pengurusan kes jenayah syariah turut melibatkan bantuan daripada agensi pusat antaranya polis bagi tujuan penahanan dan Jabatan Penjara untuk pemenjaraan. 

"Negeri ada polis sendiri? Penjara sendiri? Siapa sebat?... Nak hukum orang pun banyak undang-undang di bawah agensi kerajaan pusat. Jadi, perlu lihat secara menyeluruh bukan sekadar cakap tapi tidak tahu siapa pelaksananya...jadi macam-macam pertikaian.

"Kalau nak laksana pun, perlu pindaan menyeluruh kepada undang-undang sedia ada termasuk kuasa di peringkat kerajaan negeri kerana kita negara merdeka, ada akta dan perlembagaan, ada senarai bidang kuasa kerajaan negeri dan kerajaan pusat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke bangunan Mahkamah Kuala Kubu Baharu di sini hari ini.

Azalina mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi semalam mengenai kerajaan negeri sedang mempertimbangkan cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak dan ia sebagai usaha memperkasa pelaksanaan undang-undang syariah Islam di negeri itu.

Sementara itu, menyentuh mengenai lawatannya, Azalina berkata, beliau telah diberi penerangan mengenai pembinaan bangunan baharu Mahkamah Seksyen Sivil di sini yang dijadual siap Jun ini. 

"Kita juga hari ini berbincang untuk mengaplikasikan penggunaan teknologi dan perisian terkini bagi melancarkan proses di premis mahkamah.

"Kita perlu fokus pada 2025, (dan) dalam belanjawan (kita)kena tengok soal latihan dan penggunaan teknologi kerana negara maju dah mula guna jurubahasa Al (kecerdasan buatan)," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad