web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


China Gesa Gencatan Senjata Tamatkan Konflik Israel-Palestin

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2021 4:16PM

Wang Yi - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BEIJING - China berpendirian gencatan senjata adalah kaedah yang sangat diperlukan bagi menghentikan keganasan ke atas penduduk Palestin sambil menegaskan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertanggungjawab meredakan ketegangan. 

Menteri Luar Wang Yi menyuarakan pendirian China itu berhubung konflik Palestin-Israel dalam perbincangan menerusi telefon dengan Menteri Luar Pakistan, Shah Mahmood pada Sabtu.

Katanya, konfrontasi itu berulang kali tercetus apabila konflik tidak dapat diselesaikan secara adil sehingga proses damai Timur Tengah terbabas dari landasan asal.

Selain itu, resolusi Majlis Keselamatan PBB juga gagal dilaksanakan dengan berkesan.

Menurut Wang, selaku pengerusi bergilir Majlis Keselamatan PBB untuk Mei, China dua kali merintis usaha untuk mengadakan rundingan kecemasan mengenai konflik Palestin-Israel, namun tiada kesepakatan dicapai.

China menggesa semua anggota Majlis Keselamatan PBB untuk menggalas tanggungjawab yang sepatutnya dan menyumbang secara praktikal terhadap usaha memelihara keamanan dan keselamatan serantau.

Sementara itu, Wang Yi menegaskan, pelaksanaan penyelesaian dua negara merupakan kaedah muktamad bagi penyelesaian isu Palestin.

Justeru China akan mempengerusikan debat terbuka mengenai konflik Palestin-Israel di Majlis Keselamatan PBB dan berharap semua pihak mencapai konsensus mengenai isu ini.

Selain menyokong teguh perjuangan rakyat Palestin dalam usaha mendapatkan hak mereka yang sah, China menyarankan penyelesaian isu itu dibuat secara adil melalui dialog politik, dan PBB, Liga Arab serta Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu memainkan peranan bersifat membina dalam penyelesaian isu itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Solidariti Untuk Palestin Terus Menyala, ‘Drive For Gaza 1.0’ Permulaan Untuk Misi Global

4

Semasa 8 bulan yang lalu

FFCxTMTGM Hampiri Zon Kuning, Conscience Perlahankan Pergerakan

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad