web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dunia Memperingati Ulang Tahun Ke-104 Nelson Mandela

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2022 1:51PM

Tugu peringatan Nelson Mandela di luar Kedutaan Afrika Selatan di Washington. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHANNESBURG - Sempena memperingati ulang tahun ke 104 kelahirannya pada Isnin, berjuta-juta orang di seluruh dunia mengenang Nelson Mandela, negarawan global yang paling dihormati, lapor Agensi Anadolu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2009 menetapkan 18 Julai sebagai Hari Nelson Mandela Antarabangsa untuk meraikan hari lahirnya serta memperingati perjuangan tokoh itu menentang perkauman dan apartheid.

Mandela meninggal dunia pada tahun 2013, semasa berusia 95 tahun. 

Sebagai menghormati dan menghargai sumbangan Mandela terhadap kemanusiaan, rakyat Afrika Selatan dari semua lapisan masyarakat mendedikasikan 67 minit masa mereka untuk menjadi sukarelawan bagi kerja-kerja amal dan membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Angka 67 merupakan jumlah tempoh Mandela berjasa kepada rakyat.

Dilahirkan di kampung Mvezo di wilayah Eastern Cape, Mandela menghabiskan 27 tahun meringkuk di penjara kerana menentang rejim apartheid.

Beliau menjadi presiden pertama Afrika Selatan yang dipilih secara demokrasi pada 1994.

Meskipun dipenjarakan selama bertahun-tahun, Mandela tidak menunjukkan sebarang derita mahu pun dendam terhadap mereka yang memenjarakannya. Sebaliknya, memilih untuk perdamaian dan memaafkan mereka untuk menyatukan semua kumpulan kaum di Afrika Selatan.

Pendekatan kepimpinan dan kebolehannya untuk menyatukan semua orang amat dikagumi dunia dan melayakkan beliau memenangi Hadiah Keamanan Nobel 1993.

Presiden Cyril Ramaphosa akan mengetuai sambutan Hari Nelson Mandela Antarabangsa di bandar Gqeberha di Eastern Cape.  Beliau akan mengetuai pemeriksaan di pusat rawatan air dan kemudiannya menyertai aktiviti pembersihan Sungai Swartkops di Veeplaas.

Beberapa menteri, ketua misi diplomatik dan pemimpin perniagaan pula akan turun padang membersihkan jalan raya, rumah jagaan, rumah anak yatim dan sekolah, antara lain. Kedutaan Turki berkata ia akan menderma barangan kebersihan di hospis tempatan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 6 bulan yang lalu

Dunia Perlukan Sistem Kewangan Iklim Lebih Adil, Tidak Pinggirkan Negara Membangun - Anwar

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Dunia Perlu Sokong Tindakan Afrika Selatan Heret Israel Ke ICJ - Anwar

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Kes Afrika Selatan Di ICJ Tegaskan Komitmennya Terhadap Keadilan - IAIS Malaysia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Ulangi Sokongan Prosiding Afrika Selatan Terhadap Israel 

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad