web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dunia Perlukan Sistem Kewangan Iklim Lebih Adil, Tidak Pinggirkan Negara Membangun - Anwar

Ekonomi Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2025 11:32AM

Gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dunia memerlukan sistem kewangan iklim yang lebih adil dan dukungan yang menyentuh nasib petani kecil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, adalah amat kritikal ketika ini untuk dunia mewujudkan rangka kerja global yang tidak meminggirkan negara membangun dan membiarkan mereka ketinggalan jaun di belakang. 

Menurut beliau, Malaysia komited untuk mencipta kerjasama di peringkat global atau serantau dalam memastikan ketahanan, keadilan dan kesejahteraan tidak hanya wacana yang berlegar di kalangan elit.

Katanya, semua aspek itu harus diterjemahkan sebagai realiti bagi jutaan insan yang menaruh harapan pada apa yang diputuskan di Johannesburg, Afrika Selatan, menerusi Sidang Kemuncak Pemimpin Kumpulan 20 (G20), semalam.

“Berada di pentas G20 semalam mengingatkan saya betapa dunia sedang bergerak pantas sambil mengendong dan menghadapkan kita dengan badai rempuhan tantangan dan juga harapan,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Jelas Perdana Menteri, beliau di Johannesburg menekankan bahawa rantau ASEAN yang sekian lama dirundung risiko bencana dan tekanan malapetaka iklim perlu diambil kira dan menjadi sebahagian daripada hala tuju global. 

“Pengalaman ASEAN telah menjadi petunjuk bahawa daya tahan tidak hanya terbina pada saat kemelut, tetapi mesti terpacul melalui pelaburan dan pendanaan awal, termasuk sistem amaran awal, dan kerjasama rentas sempadan yang berpaksikan kemanusiaan,” katanya.

Anwar menarik perhatian, beliau pada sidang kemuncak itu mengangkat satu hakikat yang tidak mampu disembunyikan, iaitu tuntutan tenaga dunia masih belum selari dengan kemampuan teknologi bersih dalam mencapai matlamat tersebut. 

“Dalam hal ini, kita mesti jujur, pragmatik dan berani. Lantaran itu, mesti ditegaskan di sini juga bahawa Malaysia sedang gigih melabur dalam teknologi yang mengurangkan jejak karbon dan dampaknya.

“Ia mencakupi dari CCUS hingga kepada rangkaian tenaga serantau, kerana ini jalan sebenar untuk memastikan peralihan tenaga tidak hanya tinggal slogan semata,” katanya.

Beliau memberitahu, peralihan tenaga perlu memainkan peranan sebagai jalur yang dapat ditempuh oleh rakyat terbanyak tanpa menanggung beban yang memeritkan.

“Dan di ruang tingkat ini juga, saya mengulangi bahawa pembangunan tidak akan bermakna sekiranya manusia dikesampingkan,” katanya. 

Perdana Menteri berada di Johannesburg sebagai tetamu Presiden G20, Cyril Ramaphosa.

Jemputan kepada Anwar untuk menghadiri sidang kemuncak itu, yang berlangsung dari 22 hingga 23 November, adalah atas kapasiti Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN bagi tahun 2025.

Anggota G20 terdiri dari Argentina, Australia, Brazil, Kanada, China, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Itali, Jepun, Korea Selatan, Mexico, Rusia, Aralo Saudi, Afrika Selatan, Turki, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kesatuan Afrika dan Kesatuan Eropah.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Zaliha Mustafa, barisan pegawai kanan kerajaan Malaysia serta delegasi perniagaan. - Getaran, 23 November 2025

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Dunia Memperingati Ulang Tahun Ke-104 Nelson Mandela

2

TARA 5 tahun yang lalu

Keajaiban Afrika Selatan

Sorotan

1

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

2

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

3

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

4

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

5

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

6

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq