web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Ulangi Sokongan Prosiding Afrika Selatan Terhadap Israel 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2024 9:00AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia akan terus menyokong Afrika Selatan dalam tindakan undang-undang terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, Malaysia sebagai Negara Pihak kepada Konvensyen Genosid menyeru Israel untuk menghormati undang-undang antarabangsa dan menamatkan kekejamannya terhadap rakyat Palestin dengan serta-merta.

Malaysia mengulangi komitmen untuk memperjuangkan nasib rakyat Palestin di semua platform dan menantikan keputusan perbicaraan ICJ.

"Malaysia menyambut baik permulaan perbicaraan terbuka kes yang dibawa oleh Afrika Selatan terhadap Israel di ICJ yang diadakan pada 11 hingga 12 Januari," menurut kenyataan Wisma Putra.

Permohonan itu difailkan pada 29 Disember 2023, berkaitan dengan pencabulan Israel terhadap obligasinya di bawah Konvensyen 1948 membabitkan Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid (Konvensyen Genosid) terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

Semasa hujah lisannya, Afrika Selatan menegaskan kepentingan segera supaya ICJ menetapkan langkah-langkah sementara termasuk mengarahkan Israel menghentikan kempen ketenteraannya di Gaza dan kekejaman terhadap rakyat Palestin dengan serta merta.

Afrika Selatan sudah mengemukakan bukti-bukti yang kukuh mengenai niat dan perbuatan genosid yang melanggar Konvensyen Genosid.

Hari kedua akan disambung dengan hujah lisan daripada pihak Israel. Keputusan ICJ berhubung langkah-langkah sementara dijangka akan dikeluarkan dalam beberapa minggu akan datang. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

Sorotan

1

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

2

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

3

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

4

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

5

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

6

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad