web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Afrika Selatan Di ICJ Tegaskan Komitmennya Terhadap Keadilan - IAIS Malaysia

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2024 6:10PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan terpuji Afrika Selatan mengheret Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) kerana melancarkan tindakan ketenteraan ke atas Gaza menunjukkan komitmen negara itu terhadap keadilan dan akauntabiliti, kata Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS)) Malaysia.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, IAIS mengiktiraf komitmen bersejarah Afrika Selatan dalam memerangi rejim apartheid, membuat persamaan dengan perjuangan menentang ketidakadilan di Semenanjung Gaza dan Palestin secara keseluruhan.

"Usaha bersama ini mencerminkan tanggungjawab bersama masyarakat antarabangsa dalam menangani pencabulan hak asasi manusia dan memupuk keamanan yang berkekalan di rantau itu," katanya.

IAIS Malaysia dalam sokongan teguhnya terhadap inisiatif itu, turut memuji kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas sokongan tegas beliau terhadap perjuangan Palestin dan solidariti dengan usaha Afrika Selatan mencari penyelesaian yang adil dan aman terhadap konflik Palestin-Israel.

"Kami berharap negara-negara lain akan mencontohi langkah Afrika Selatan dalam usaha menghentikan serangan kejam ke atas Gaza," katanya.

Institut itu bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan Malaysia dalam menyediakan sebarang bantuan yang diperlukan untuk menegakkan prinsip keadilan dan hak asasi manusia dengan menekankan kepentingan proses undang-undang yang adil dan saksama di ICJ.

Afrika Selatan memfailkan kes itu pada Disember, menuduh Israel melakukan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza dan meminta ICJ mengeluarkan langkah sementara untuk melindungi rakyat Palestin, termasuk menyeru Israel segera menghentikan serangan.

Afrika Selatan membentangkan senarai dakwaan tindakan genosid oleh Israel semasa hari pertama perbicaraan pada Khamis, manakala Israel membela diri pada Jumaat.

Israel membunuh lebih daripada 24,000 rakyat Palestin di Gaza sejak 7 Oktober lalu. Kempen ketenteraan itu juga menyebabkan pemindahan besar-besaran, kemusnahan dan kelaparan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

Sorotan

1

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

2

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

3

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

4

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

5

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

6

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad