Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Semarakkan Cinta

Wirda Adnan berkongsi tentang kepelbagaian definisi cinta dan kepentingannya untuk semua.

Kolum Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2021 10:50AM

Gambar: Ketut Subiyanto, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Februari bulan meraikan cinta. Mahu meraikan pada 14 Februari, silakan! It’s Valentine’s Day. Atau mahu meraikan pada hari lainnya pun, mengapa tidak? Yang penting ambillah satu hari di bulan ini untuk meraikan kasih dan sayang dengan mereka yang bersama dan dekat di hati. Percayalah satu masa, intimasi ini bersama dengan hidangan istimewa yang sedikit lain daripada hari-hari biasa, akan terpahat ingatan di sanubari setiap ahli keluarga. Di musim PKP tiada alasan tidak menyambut hari-hari bahagia sebegini. Anak-anak saya baru-baru ini meraikan hari jadi ayah mereka. Meja dihias cantik dengan hidangan istimewa dan kami bergaya seperti kami berada di restoran mewah. Ya Allah, hari itu akan dikenang sampai bila-bila, insya-Allah menjadi amalan di kemudian hari.

Saya juga menunggu Februari untuk berkisah tentang cinta. Subjek yang seronok dibincangkan, yang boleh leka bila dibayangkan, yang kalau pun mengalir air mata, ia air mata gembira bukan derita. Satu perkataan yang dikira keramat, kerana ia membahagia akan empunya diri, kurniaan yang sungguh istimewa bila diri diselubungi cinta.

 ‘Cinta bukan mengajar kita lemah tapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghina diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat’- Buya Hamka

Ya, ini antara pengertian cinta. Seyogia, cinta mengajak kepada kedamaian, kemakmuran, keselesaan, keseronokan dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Cinta, ia memanggil manusia untuk berlaku adil, berbagi rezeki dan saling bantu-membantu. Yang susah tidak diabaikan, yang sakit turut dirawat supaya sama-sama merasai nikmat hidup. Suka duka dirasai bersama. Cinta juga memaklumkan kepada orang lain bahawa jangan bersengketa, jauhi fitnah, hasutan, kebencian dan keji-mengeji. Cinta bukan petualang kepada kejayaan, bukan rasuah, bukan tebuk pintu belakang (sekadar meminjam perkataan yang paling hangat diperkatakan kebelakangan ini). Love speaks out for justice and protests when harm is being done. Love points out the consequences of hurting oneself or others.  Love cares what becomes of you, because love knows that we are interconnected. Love is inherently compassionate and empathic. Love honors the sovereignty of each soul. Love is its law.

Dan cinta yang paling agung adalah cinta kepada Yang Maha Kuasa, kepada-Nya kita berserah, ke atas segala rahmat-Nya yang menganugerahi kita nyawa, yang akan mengambilnya semula dan menghidupkan kita kembali bila tiba harinya nanti.

Hari ini, sama ada anda sedari, rata-rata kita hidup dengan sedikit sangat perasaan cinta di dalam diri. Semakin ramainya manusia bijak dan kaya, semakin tinggi sifat tamak haloba. Para cerdik pandai bertebaran di muka bumi ini. Mereka dalami pelbagai ilmu duniawi juga ilmu akhirat tetapi ramai juga menggunakan kebijaksanaan untuk menindas dan mengambil kesempatan, orang di atas memijak yang di bawah.

Usah pergi jauh, di negara kita tiada yang buta huruf lagi, maknanya orang semakin pandai tetapi sayangnya ramai yang menjadi rakus, dan semakin sombong. Semakin tinggi ilmu semakin nipis sifat tidak peduli kepada orang lain. Merompak, menyamun dengan menggunakan kuasa yang ada. Rasa kasih dan cinta sesama rakyat tidak menjadi agenda penting. Cinta sanggup dikorbankan demi kuasa. Derita orang lain itu tanggungan sendiri. Sesetengah orang, kalau keluarga sendiri pun sanggup dimusuhi apatah lagi yang tiada kaitan darah, tidak sebangsa dan seagama.  Lagilah tiada rasa cinta.

Buka internet, sana sini kutuk-mengutuk, menghentam, mencarut, ya sudah tidak boleh dikawal lagi. Netizen, buka mata mencari kesalahan orang, bloggers tiap hari mencipta fitnah, menggadai nama-nama yang tidak berpihak kepadanya dengan tiada rasa takut dan berdosa. Terlalu ramai  kawan ‘membunuh’ kawan, saudara-mara bersengketa, semua demi kepentingan peribadi. Di mana rasa hormat dan kasih sayang semua ke laut. Sungguh menyedihkan.

Lebih saya pilu dan terkedu, melihat Ebit Liew tunduk sayu. Dia dikecam, dituduh mencari publisiti murahan dan dihalang menghulur bantuan. Mengapa bila ada insan sebegini luhur dan sanggup membantu, bukan sedikit, sebaliknya mengelilingi satu Malaysia mencari rakyat-rakyat yang daif, (anda bayangkan sebuah keluarga 13 orang tinggal dalam pondok lantai papan yang reput kadang-kadang ada ular masuk, atap berlubang, di situlah tempat tidur mereka, tempat makan, membaca, menulis dan di sebelah tepinya tandas yang airnya mengalir entah ke mana.) Allahuakbar, kalau keluarga seperti ini tidak dibantu, dibiarkan mereka tinggal sebegini, dan sudah lebih 35 tahun di situ menderita. Kemudian datanglah seorang hamba Allah bernama Ebit Liew membantu membinakan hidup baru dengan menyewakan rumah untuk mereka, mengasing bilik anak remaja lelaki, anak gadis, ibu dan ayah. Bukan satu keluarga sahaja tetapi sudah beratus-ratus keluarga seperti ini diselamatkan daripada sengsara dunia. Tidak cukup kepada manusia, dia ke Zoo Negara, harimau dan singa juga diberikan makanan, Allahu, mengapa dia dikecam? Tolong jawab! Malah bila ada pihak yang mahu menyumbatnya di penjara kalau tidak mengikut prosedur (hendak bantu pun kini kena ikut prosedur), masya-Allah, tidak boleh ‘brain’ (bahasa anak muda sekarang) sungguh busuknya hati orang sedemikian. Berapa orang seperti Ebit yang sanggup mengorbankan masa, tenaga, harta benda dan entah apa lagi, hanya untuk membebaskan mereka yang menderita. 

Alihmaalu yaqtulul hubba, wan nisyaanu yadfinuhu - ertinya ketidakpedulian membunuh cinta, dan ketidakingatan yang menguburkanya.

Ebit lakukan hanya kerana kasih dan sayangnya kepada insan-insan yang tidak bernasib baik seperti saya dan kamu yang dikurniakanNya serba cukup. Ebiet saya ambil sebagai satu contoh, yang tinggi sifat cintanya. Katanya, “Apa yang akan saya jawab kepada Allah nanti, saya yang berkemampuan tetapi membiar dan membenarkan ‘keluarga-keluarga saya ini’ menderita?”

Gambar: Facebook Ebit Lew
Gambar: Facebook Ebit Lew

Cinta adalah pemberian terbaik, cinta juga adalah penghargaan terbesar untuk yang menerimanya.

Sahabat, belajarlah menjadi seorang pencinta; cinta kepada keamanan, kesejahteraan semua, cinta kepada kestabilan politik negara, cinta kepada ahli keluarga semestinya, sahabat dan mereka yang bernyawa. Apa akan jadi kalau asyik bersengketa. Bermuafakatlah, carilah satu titik harmoni supaya negara ini menjadi aman, dan ekonomi kembali mantap. Saat ini, kita rata-rata hidup dalam kebimbangan, bimbang dijangkiti COVID-19, bimbang tiada sumber pendapatan, takut kelaparan, bimbang anak-anak tidak bersekolah, bimbang orang tua di kampung sudah tidak dijenguk berbulan-bulan, bimbang mereka pergi buat selama-lamanya dan tidak boleh mengiringi mereka ke pusara. Andai kita cintakan negara ini, kita semua wajib menadah tangan memohon kepada-Nya diberikan pemimpin yang mendahului kebajikan rakyatnya, diangkat wabak yang membunuh ini dan kembalikan alam yang permai ini menjadi tempat yang gembira untuk didiami.

Sahabat, hidupkan cinta bukan setakat sesama manusia, tetapi makhluk Allah yang lain. Saya paling bangga punya kawan yang sanggup setiap malam keluar ke lorong-lorong kedai di kawasan perumahannya di Bangi dan memberikan makan kucing-kucing di situ. Hendak dibawa ke rumah, katanya sudah tidak ada ruang kerana kucing-kucing peliharaan sudah cukup banyak, tetapi demi cinta kepada binatang yang satu ini, dia sanggup berhabis ribuan ringgit. Ada kata dia bodoh, rumahnya hancing kencing kucing dan busuk, entahlah. Katanya, "Sedangkan seorang penzina diangkat Allah ke syurga hanya kerana memberi makan anjing yang kelaparan, apakah kasih sayang aku ini tidak menerima habuan yang sama. Insya-Allah dan ini sahaja yang aku mampu lakukan.”

Noraini Sulung, aku tabik hormat kepada kamu, love you so much.

Jom kita semarakkan cinta, cinta kepada alam yang menghijau, di lautan yang membiru, khazanah dunia untuk manusia menikmatinya, kerana Allah melebihi cintaNya kepada kita semua, amin. - Getaran, 14 Februari 2021

Wirda Adnan adalah Pengasas dan Ketua Pengarang majalah atas talian majalahwm.com Beliau juga merupakan bekas pengarang majalah Wanita selain pernah menjadi Pengarang Urusan untuk majalah-majalah urban terulung Bahasa Melayu seperti EH!, GLAM, dan GLAM LELAKI.

Isu Pada

Alvin Chong

13 Feb 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 3 minggu yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Self Healing’ Pada Bulan Ramadan, Bikin Ibadah Makin Khusyuk

3

Refleksi 2 bulan yang lalu

Menangani Krisis Kejantanan

4

Refleksi 3 bulan yang lalu

UAI Kata Haram Tidur Dengan Patung Seperti 'Teddy Bear', Pejabat Mufti Bagi Penjelasan Berbeza

Sorotan

1

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

2

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

3

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

4

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

5

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

6

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

7

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini