web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penginapan Menarik Untuk Acara Perjumpaan Raikan Syawal 

Penginapan Airbnb yang unik ini direka untuk sambutan raya yang tidak dapat dilupakan; dari rumah sentuhan tradisional, hinggalah ke citarasa moden

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2025 5:05PM

Ulu Villa

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Syawal ini ramai yang merancang untuk mengadakan acara perjumpaan untuk mengeratkan silaturrahim. Selain makan-makan, ramai juga yang gemar lakukan bermacam aktiviti bagi mencipta memori.

Bagi yang masih mencari-cari penginapan untuk acara perjumpaan yang sedang dirancang, boleh semak senarai penginapan daripada Airbnb berikut untuk dijadikan pilihan. 

Rumah Lenggong
Rumah Lenggong

Penginapan Airbnb yang unik ini direka untuk sambutan raya yang tidak dapat dilupakan, dari rumah yang mengingatkan anda kepada kampung halaman hinggalah ke tempat istirehat yang tenang untuk perayaan yang lebih kecil dan penuh kegembiraan.

Jangan lambat-lambat kerana Syawal semakin tiba ke penghujung.

Menggamit Memori Keindahan Beraya Di Desa

Bayangkan deretan kasut di depan pintu, haruman rendang yang sedang mendidih di atas dapur kayu, dan gelak tawa kanak-kanak yang bermain air. Jika sambutan Raya anda bermakna meraikan bersama keluarga besar, rumah warisan Airbnb yang luas ini adalah untuk anda!

Rumah Lenggong
Rumah Lenggong

Terletak di sebuah ladang seluas lima ekar di Perak, Rumah Lenggong menggabungkan kesederhanaan kampung dengan keselesaan moden. 

Rumah tradisional bertiang tinggi ini hadir dengan pengudaraan semulajadi, mengundang nostalgia pagi Raya yang nyaman tetapi meriah.

Rumah Lawan Kuda
Rumah Lawan Kuda

Kembalilah ke masa lalu di Rumah Lawan Kuda. Jelajahi ladang durian, segarkan diri dengan berenang di sungai berhampiran dan nikmati hidangan Hari Raya di bawah sinaran cahaya bintang bersama keluarga sambil mengagumi keindahan seni bina yang indah.

Raikan Dengan Keluarga Kecil Dengan Lebih Akrab

Jika anda bukan datang daripada keluarga yang besar, pasti lain caranya meraikan Syawal. Mungkin ada yang berniat untuk  membawa keluarga untuk meraikan Hari Raya dengan acara makan-makan yang sederhana atau hanya meluangkan masa dengan berbual-bual mesra. 

Untuk keluarga kecil atau rakan-rakan yang mencari tempat berehat yang tenang, penginapan di Langkawi ini adalah ideal untuk pertemuan intim.

Ruang dalam Ulu Villa
Ruang dalam Ulu Villa

Bermula dengan Ulu Villa, sebuah rumah A-frame yang unik, dikelilingi kehijauan yang subur, di mana estetika rustik dan industri bertemu. Bersantailah di dek kayu sambil menikmati kuih raya kegemaran atau nikmati detik-detik indah di kolam renang peribadi ketika matahari melabuhkan tirai.

Rumah Uda
Rumah Uda

Bagi mereka yang merindui sentuhan tradisi, Rumah Uda  menawarkan hospitaliti Melayu yang autentik dengan pemandangan memukau Gunung Raya dan sawah padi yang subur. 

Terletak di sebuah kampung yang tenang, tempat peristirahatan yang memikat ini membolehkan anda merayakan Raya di tengah alam semula jadi, budaya, sambil menikmati detik-detik sunyi bersama orang tersayang

Beraya Di Tepian Sungai

Raikan raya kali ini dengan dikelilingi alam semula jadi di Villa Ijo. Terletak di perbukitan Batang Kali yang tenang, anda boleh memasak sambil menikmati pemandangan sungai, bersantai di taman, dan jelajahi laluan hutan. 

Antara ruang di Villa Ijo
Antara ruang di Villa Ijo

Semuanya sambil diiringi kicauan burung dan bunyi air mengalir. Pusat peranginan Genting Highland hanya beberapa minit sahaja pemanduan dari vila ini. - Getaran, 16 April 2025

Semua rumah yang dicadangkan ini adalah untuk memberi inspirasi dan gambaran sahaja. Airbnb tidak mengesyorkan atau menyokong senarai rumah tertentu di platform Airbnb.

Foto : AirBnb

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 bulan yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Jelajah 1 bulan yang lalu

Western Australia Tarik Minat Pelancong Cari Percutian Tenang, Dekat Dengan Alam

3

Jelajah 1 bulan yang lalu

Kedah, Perlis Tumpu Pelancongan Berasaskan Pengalaman

4

Jelajah 2 bulan yang lalu

BUNGA 2026 Bakal Himpunkan Keindahan Orkid Asia Di Genting Highlands

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN