Berita Terkini

6 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pelan Insurans Perjalanan Serendah RM3.00 Untuk Percutian Bebas Kebimbangan

Pelan daripada SeaMoney dan Allianz memberi jaminan keselamatan sedunia

Jelajah Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2024 8:49AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Melancong atau mengembara tanpa insurans bukanlah satu langkah bijak ketika ini. Ini kerana jika berlaku sebarang kecelakaan atau perubahan perjalanan, kos yang perlu ditanggung bukanlah sedikit.

Dengan situasi terkini, sudah banyak penyedia perkhidmatan insurans yang tampil dengan pelbagai pelan menarik. Jadi, tiada alasan lagi untuk rasa terbeban. 

Baru-baru ini, SeaMoney, bahagian perkhidmatan kewangan Sea Limited, meluaskan tawaran insuransnya melalui SeaInsure Agency Malaysia Sdn. Bhd, agen insurans yang dilantiknya, dengan pelancaran Insurans Perjalanan di bawah penjaminan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad. 

Disediakan melalui platform Shopee mulai 15 April 2024, pelan insurans tersebut menawarkan perlindungan perjalanan yang holistik dan mudah diperoleh dengan beberapa klik sahaja.

Bermula dengan harga yang mampu milik serendah RM3 sehari untuk perjalanan domestik, pakej insurans ini juga meliputi perjalanan antarabangsa bermula dari RM10 sehari. 

Menawarkan liputan yang komprehensif, pelan ini merangkumi liputan sebanyak RM150,000 bagi Faedah Kemalangan Peribadi dan sehingga RM165,000 untuk faedah berkaitan perubatan, termasuk pendapatan hospital dan perlindungan Covid-19.

Untuk memberi ketenangan fikiran bagi pelancong, pelan Insurans Perjalanan ini juga melindungi pengguna daripada kesulitan perjalanan yang mungkin dihadapi, termasuk memendekkan perjalanan, kelewatan perjalanan, kelewatan bagasi, dan juga pembatalan perjalanan. 

Penambahan tambahan polisi juga tersedia untuk pengguna dengan gaya hidup yang lebih aktif, termasuk liputan pilihan bagi aktiviti sukan, peralatan sukan, dan aktiviti pendakian gunung altitud tinggi.

Sempena pelancaran pelan Insurans Perjalanan ini, pengguna layak menerima diskaun 25% ke atas premium mereka. Selain itu, pengembara berkumpulan juga dapat menikmati diskaun 5% bagi setiap orang yang dilindungi apabila mereka bercuti dalam kumpulan lima orang atau lebih. 

Proses pembelian juga dibuat mudah dengan pelbagai kaedah pembayaran yang tersedia, termasuk pelan ansuran sehingga 12 bulan apabila mereka membayar dengan SPayLater.

"Mengembara selalu menjadi sesuatu yang dinanti-nantikan oleh ramai rakyat Malaysia yang ingin lari daripada rutin harian atau memanfaatkan sepenuhnya musim perayaan dan cuti sekolah.

“Dengan menjalin kerjasama bersama Allianz, kami komited untuk memudahkan proses perolehan insurans perjalanan bagi rakyat Malaysia, memberikan mereka ketenangan minda semasa bercuti dengan hanya beberapa klik sahaja.

"Kami juga berharap untuk bekerjasama dengan rakan-rakan strategik insurans kami pada masa akan datang dalam usaha untuk memperluaskan katalog insurans kami dengan harapan menjadikan insurans sesuatu yang lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia di mana-mana sahaja," ulas Ketua SeaMoney Malaysia, Alain Yee.

Ketua Pegawai Operasi Allianz General, Sean Wang, pula berkata, insurans perjalanan merupakan bentuk perlindungan yang penting namun sering diabaikan. 

“Terdapat banyak perkara yang boleh merosakkan pengalaman yang menyeronokkan.

“Melalui perkongsian ini, kami sangat gembira untuk melibatkan lebih ramai rakyat Malaysia dalam industri insurans dan memastikan mereka dilindungi supaya mereka boleh melancong tanpa rasa risau dan dengan keyakinan penuh,” katanya.

Berikut adalah lima langkah mudah untuk membeli insurans ini melalui aplikasi atau laman web Shopee.

Langkah 1: Isikan butiran perjalanan seperti Destinasi, Tarik Perjalanan & Bilangan Pengembara

Langkah 2: Isikan butiran peribadi dan pilih manfaat / premium tambahan bagi perlindungan dalam tempoh perjalanan

Langkah 3: Bagi pembelian perjalanan berkumpulan, isikan maklumat tambahan pelancong lain seperti Nama Penuh & No Kad Pengenalan

Langkah 4: Sahkan butiran maklumat perjalanan sebelum proses semak keluar

Langkah 5: Pilih kaedah pembayaran dan klik ‘Pay Now’ untuk meneruskan proses semak keluar

Untuk maklumat lanjut mengenai Insurans Perjalanan di platform Shopee, layari https://shopee.com.my/m/travel-insurance - Getaran, 17 April 2024

Foto : SeaMoney

Berita Berkaitan

1

Jelajah 3 hari yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

2

Jelajah 4 bulan yang lalu

ICONSIAM Jadi Salah Satu Lokasi Gemerlapan The Vijit Chao Phraya 2023

3

Jelajah 7 bulan yang lalu

Raja Permaisuri Menangis Penduduk Sabah Sanggup Tunggu Dalam Hujan

4

Jelajah 7 bulan yang lalu

8 Masjid Ikonik Tunggu Kunjungan Pelawat Sepanjang Bulan Pelancongan Islam

Sorotan

1

Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal

2

Nur Shazrin Mungkin 'Lupakan' Paris 2024

3

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

4

Anwar Bertemu PM Qatar, Zahirkan Kesediaan Malaysia Beri Rawatan Kepada Rakyat Palestin

5

Putera Mahkota Arab Saudi Berhasrat Adakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia Akhir Tahun Ini - PM

6

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

Disyorkan untuk anda

Selera 1 hari yang lalu

Grand Hyatt Kuala Lumpur Lancar Edisi Kedua #DinewithChef

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Aplikasi Yang Patut Dimuat Turun Apabila Bercuti Ke 5 Negara dan Kota Popular Berikut

Setelah menyusun rencana percutian, sebaiknya anda memuat turun aplikasi yang boleh memastikan pengembaraan berjalan lancar dan menyeronokkan.

oleh Rahayu MN