web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gombak-Hulu Langat Dan Stong Geopark Diiktiraf Sebagai Geopark Kebangsaan

Pengiktirafan itu merupakan satu lagi pencapaian buat negara khususnya kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan dalam memelihara kelestarian alam semula jadi.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2022 8:10AM

Stong Geopark berkeluasan 2,131.99km persegi dan memiliki kepelbagaian geologi, kepelbagaian biologi serta budaya tempatan selain penemuan beberapa artifak - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kawasan Gombak-Hulu Langat Geopark dan Stong Geopark diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan di bawah Program Pembangunan Geopark. 

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengiktirafan itu dibuat pada semalam semasa Mesyuarat Jawatankuasa Geopark Kebangsaan Bilangan 2 Tahun 2022.

Menurut KeTSA, pengiktirafan itu merupakan satu lagi pencapaian buat negara khususnya kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan dalam memelihara kelestarian alam semula jadi serta pengurusan mampan kawasan berkepentingan yang memiliki nilai geotapak luar biasa.   

“Kementerian yakin kerjasama erat dapat memastikan Geopark diurus dengan baik dan mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama di kawasan yang mempunyai kepentingan geologi bagi tujuan penyelidikan saintifik, pendidikan, penjanaan ekonomi penduduk setempat dan pembangunan mampan,’’ menurut kenyataan itu.

KeTSA turut memaklumkan usaha itu seiring dengan Agenda Pembangunan Nasional dan Matlamat Pembangunan Mampan 2030 di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Gombak-Hulu Langat Geopark berkeluasan 1,129.55 kilometer persegi dan kaya dengan geotapak pelbagai taraf selain kewujudan kuarza terpanjang di Asia Tenggara, landskap pergunungan serta pembentukan beberapa lembangan daratan.

Stong Geopark pula berkeluasan 2,131.99km persegi dan memiliki kepelbagaian geologi (25 geotapak), kepelbagaian biologi (7 biotapak) serta budaya tempatan (16 tapak budaya) selain penemuan beberapa artifak berupa cengkerang dan tembikar berusia 1,000 hingga 5,000 tahun.

Pengiktirafan Geopark Kebangsaan itu adalah yang ketujuh serta kelapan selepas Lembah Kinta dan Lenggong Geopark di Perak, Jerai Geopark di Kedah, Kinabalu Geopark di Sabah, Labuan Geopark di Labuan dan Sarawak Delta Geopark di Sarawak. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 3 tahun yang lalu

Kinabalu UNESCO Global Geopark Habitat 355 Spesies Burung - Penyelidik

2

Jelajah 3 tahun yang lalu

48 Pakej Pelancongan Lembah Lenggong Dilancar Meriahkan TMP2024

3

Selera 3 tahun yang lalu

Bangkai Pesawat Jadi Restoran Unik Di Batang Kali

4

Jelajah 3 tahun yang lalu

3 Gua Ditemukan Di Labuan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN