web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


48 Pakej Pelancongan Lembah Lenggong Dilancar Meriahkan TMP2024

Diharapkan penawaran pakej-pakej tersebut mampu mempromosikan keunikan Lembah Lenggong yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO kepada pelancong tempatan dan antarabangsa.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2023 8:00AM

Geotapak Sabak Empangan Kenering Lenggong, Perak - Gambar Facebook Lenggong Geopark

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Keindahan warisan arkeologi Geopark Lenggong sebagai sebuah landskap budaya unik akan digabungkan dalam 48 pakej pelancongan istimewa terbaharu Tourism Malaysia Perak. 

Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia Iskandar Mirza Mohd Yusof berkata pengenalan Pakej Pelancongan Arkeo dan Geopark Lembah Lenggong itu ialah inisiatif mempromosi Tahun Melawat Perak (TMP) 2024.

Katanya, Geopark Lenggong mendapat pengiktirafan kebangsaan pada 16 Disember tahun lepas dan merupakan pengiktirafan kedua di Perak selepas Geopark Lembah Kinta dan setakat ini geopark itu telah memiliki sembilan geoekologi dan lima geotapak bertaraf antarabangsa.

"Sebanyak 48 pakej pelancongan telah dibangunkan dengan kerjasama 15 operator pelancongan di wilayah utara dan tengah yang antara lain menawarkan lawatan ke tapak arkeologi, pendakian bukit, penerokaan gua, pelayaran bot, memancing dan berkhemah.

"Antara yang dihimpunkan di bawah pakej ini ialah Pakej Lenggong Geopark and Ecotourism, Pakej Rusa Grill dan Fun Trip @ Lenggong, Pakej Lawatan Ilmiah @ Lenggong, Pakej Lenggong Heritage Tour, Pakej Discover Historical & Cultural Geo Lenggong, Pakej Lenggong ‘Jelajah Gua & Makan Durian’ dan Pakej Mini Amazon Paddling @Lenggong," katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Arkeo dan Geopark Lembah Lenggong di sini.

Iskandar Mirza berkata pakej pelancongan baharu itu merupakan susulan daripada bengkel dan lawatan produk selama empat hari tiga malam yang diadakan dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara Zon Tengah, Majlis Daerah Lenggong dan Tourism Perak dengan penglibatan 26 operator pelancongan dan jurupandu geopark pada Disember tahun lepas.

"Bengkel yang dianjurkan beri pendedahan potensi pelancongan di tapak arkeologi termasuk produk pelancongan menarik di sekitar Lembah Lenggong seperti Gua Kajang, Gua Teluk Kelawar, Bukit Sapi, Bukit Jawa, Bukit Bunuh, Masjid Raja, Mata Air Telaga Biru dan Galeri Arkeologi Lembah Lenggong.

"Kita harapkan penawaran pakej tersebut mampu mempromosikan keunikan Lembah Lenggong yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO kepada pelancong tempatan dan antarabangsa," katanya. 

Beliau berkata pembangunan pakej ini juga dapat memangkin ke arah usaha pemeliharaan warisan dan budaya tempatan selain membangunkan ekonomi masyarakat setempat sekali gus mempergiat aktiviti pelancongan lestari. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN