web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kinabalu UNESCO Global Geopark Habitat 355 Spesies Burung - Penyelidik

Penyelidik alam sekitar tempatan Alim Biun berkata sebanyak 267 daripada jumlah spesies burung itu mendiami kawasan tanah rendah, 52 spesies di tanah tinggi, manakala selebihnya didapati tinggal di kawasan tinggi dan rendah.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2023 8:19PM

Kinabalu UNESCO Global Geopark dengan keluasan 4,750 kilometer meliputi daerah Kota Belud, Kota Marudu dan sebahagian daerah Ranau terletak di kawasan pantai barat Sabah - Gambar Hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Kinabalu Global Geopark yang baru-baru ini diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) ialah kawasan habitat bagi 355 spesies burung yang terdiri daripada 63 famili.

Penyelidik alam sekitar tempatan Alim Biun berkata sebanyak 267 daripada jumlah spesies burung itu mendiami kawasan tanah rendah, 52 spesies di tanah tinggi, manakala selebihnya didapati tinggal di kawasan tinggi dan rendah. 

Bekas pegawai penyelidik Taman-Taman Sabah itu berkata burung Siul Kepala Merah (Crimson-headed Patridge), merupakan satu daripada spesies burung unik yang terdapat di kawasan hutan tanah tinggi Taman Sabah, antara julat ketinggian 1,000 hingga 3,000 meter.

“Ini menyebabkan taburan spesies burung ini agak terhad di Borneo bermula dari Gunung Kinabalu ke Gunung Menyapa (Sabah, Sarawak Timur, Kalimantan) dan pergunungan terpencil di Tenggara Sabah seperti Taman Bukit Tawau dan Maliau Basin.

“Siul Kepala Merah ialah monotip (spesies tersendiri atau tunggal), bersifat pemalu dan sukar untuk dilihat atau didekati jika tidak berhati-hati apabila bergerak di dalam hutan.

“Burung ini boleh dikesan melalui ciri bunyi yang kuat tetapi susah kelihatan kerana terlalu liar dan selalu berada di tempat yang semak untuk mencari makanan,” katanya kepada Bernama.

Pada 26 Mei lepas, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dilaporkan berkata negeri itu kini menjadi lokasi ketiga di dunia memiliki “Triple Crown”, berikutan pengisytiharan Geopark Negara Kinabalu sebagai The Kinabalu UNESCO Global Geopark.

Kinabalu UNESCO Global Geopark dengan keluasan 4,750 kilometer meliputi daerah Kota Belud, Kota Marudu dan sebahagian daerah Ranau terletak di kawasan pantai barat Sabah.

Alim, 66, yang bersara daripada Taman-Taman Sabah pada 2019, telah melakukan penyelidikan pada 1996 dan 1997 untuk mengetahui taburan kepelbagaian spesies burung mengikut julat ketinggian khususnya  di Gunung Kinabalu.

Beliau juga terlibat sebagai rakan saing kumpulan penyelidik dari Universiti of Montana, Amerika Syarikat, untuk melakukan satu projek penyelidikan jangka panjang tentang musim burung bertelur di Taman Kinabalu.

Katanya, projek itu dijalankan selama 10 tahun tetapi terhenti akibat pandemik COVID-19, dan hasil dapatan awal penyelidikan itu mendapati burung kurang aktif bertelur apabila terlalu kering atau terlalu basah dalam tempoh musim bertelur.

“Setakat ini tidak ada spesies burung yang endemik khusus di kawasan Taman Kinabalu,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Demi Anak, Nyawa Pun Sanggup Aku Pertaruhkan...

2

Jelajah 3 tahun yang lalu

48 Pakej Pelancongan Lembah Lenggong Dilancar Meriahkan TMP2024

3

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Gelagat Burung Selamatkan Sebuah Keluarga Daripada Gempa Bumi Turkiye

4

Jelajah 3 tahun yang lalu

3 Gua Ditemukan Di Labuan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN