web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gelagat Burung Selamatkan Sebuah Keluarga Daripada Gempa Bumi Turkiye

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2023 9:13AM

Gempa bumi yang menggegarkan selatan dan tengah Turkiye, selain daripada utara dan barat Syria dikesan pada awalnya apabila burung-burung peliharaan yang ditempatkan di ruang tamu berkelakuan luar daripada kebiasaan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAHRAMANMARAS (Turkiye) - Gelagat luar biasa burung peliharaan memberi petunjuk kepada tujuh sekeluarga untuk berwaspada dan menyelamatkan diri mereka daripada gempa bumi bermagnitud 7.8 yang menggegarkan bandar ini pada 6 Februari lepas.  

Siham Suraj Ali, 55, berkata gempa bumi yang menggegarkan selatan dan tengah Turkiye, selain daripada utara dan barat Syria dikesan pada awalnya apabila burung-burung peliharaan beliau yang ditempatkan di ruang tamu berkelakuan luar daripada kebiasaan.

Bercakap kepada Bernama TV dengan bantuan penterjemah tempatan Mohammad Abdul Latif daripada sebuah badan bukan kerajaan Turkiye  ATAA Relief, Siham berkata apabila melihat bagaimana gelagat burung-burungnya, beliau mengarahkan isterinya untuk membawa keluar tiga anak perempuan dan dua anak lelakinya daripada rumah dan berada di halaman. 

“Sejurus kemudian, gempa bumi berlaku tetapi kesemua ahli keluarga telah menyelamat diri masing-masing di luar. Rumah kami yang terletak di tingkat bawah tanah rosak di bahagian dalam,” katanya.

Kediaman mereka terletak di tingkat bawah tanah sebuah apartmen kecil lima tingkat, tidak begitu terjejas cuma terdapat kesan retak dan pecah-pecah di seluruh bahagian rumah itu. 

Bimbang dengan gempa bumi yang mungkin berlaku lagi, beliau menerima khemah sementara yang diberikan pihak berkuasa dan mendirikannya di halaman apartmen.

Siham berkata sebelum gempa bumi itu, beliau mendengar bunyi kuat di bawah kediamannya seperti bunyi sebuah peluru berpandu Scud yang dilancarkan semasa tinggal di utara Aleppo, Syria di bawah pemerintahan rejim Basyar Al-Assad.

Ditanya mengapa beliau berhijrah ke Turkiye pada 2013, pekerja binaan itu berkata sebelum ini pekan yang didiami keluarganya diserang dengan peluru berpandu tetapi pada masa itu dia masih ingin kekal menetap di sana. 

“Saya datang ke sini pada 2013 kerana tentera rejim itu akhirnya memasuki pekan kediaman saya dan saya mahu keluarga saya selamat. Suatu hari nanti saya mungkin kembali ke Syria,” katanya. 

Bagaimanapun, beliau berkata pekan itu pertamanya mesti berada dalam keadaan selamat supaya keselamatan keluarganya terjamin. - Bernama

Isu Pada

Dolla Tunjuk Taring

04 Mar 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi: Malaysia Sedia Hulurkan Bantuan - PM

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Gempa Bumi Kuat Landa Mindanao, Gegaran Dirasai Sekitar Sabah, Labuan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Gempa Bumi Magnitud 4.8 Gegarkan New Jersey, New York

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad