web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3 Gua Ditemukan Di Labuan

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2022 8:02AM

Penemuan itu dibuat sepasukan pendaki MTB Park yang sedang mencari denai baharu pada Jun tahun lepas. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Tiga ruang gua yang ditutupi pasir ditemukan di hutan Pancur Hitam di sini, yang mungkin dapat menjelaskan lebih lanjut tentang mereka yang pernah mendiami kawasan itu dahulu kala.

Penemuan itu dibuat oleh sepasukan pendaki daripada MTB Park yang sedang mencari denai baharu pada Jun tahun lepas, namun merahsiakannya untuk mengelakkan pencerobohan yang boleh membahayakan gua itu yang belum diterokai dan berpotensi untuk dijadikan warisan negara.

Gua tersebut telah wujud sejak Perang Dunia II dan askar Jepun yang terkorban berkemungkinan menggunakannya sebagai tempat persembunyian mereka. - Gambar Bernama
Gua tersebut telah wujud sejak Perang Dunia II dan askar Jepun yang terkorban berkemungkinan menggunakannya sebagai tempat persembunyian mereka. - Gambar Bernama

Ketua kumpulan itu Jamil Kario berkata semasa mengkaji gua berkenaan, mereka menemukan kawasan berongga, air terjun dan sejenis buluh jarang dijumpai yang tumbuh berhampiran gua.

Beliau berkata memandangkan gua tersebut telah wujud sejak Perang Dunia II, askar Jepun yang terkorban berkemungkinan menggunakannya sebagai tempat persembunyian mereka.

“Selepas masuk dan mendaki melalui gua pertama, kami dapati ia berkeluasan kira-kira 80 kaki (24 meter) panjang dan 40 kaki (12 meter) tinggi.

“Ketiga-tiga gua itu dihuni beribu-ribu kelawar yang bergayut pada bumbung gua… sebaik anda masuk ke dalam gua tersebut, anda perlu meranduk air setinggi beberapa kaki air,” katanya kepada Bernama selepas melawat gua itu hari ini.

Sementara itu, Ketua Kampung Pohon Batu Haryadi Omar berharap Perbadanan Labuan akan mengadakan mesyuarat dengan Jawatankuasa Pemandu Geopark Kebangsaan mengenai kemungkinan mengiktiraf gua itu sebagai tapak geopark kebangsaan.

Kawasan itu berpotensi dibangunkan sebagai destinasi sukan ekstrem dan pelancongan. - Gambar Bernama
Kawasan itu berpotensi dibangunkan sebagai destinasi sukan ekstrem dan pelancongan. - Gambar Bernama

Haryadi juga sependapat dengan pasukan MTB Park agar kawasan itu dibangunkan sebagai destinasi sukan ekstrem dan pelancongan.

“Kita perlu berterima kasih kepada mereka yang menemukan gua tersebut dan mencetuskan idea untuk menjadikan hutan Pancur Hitam sebagai laluan mendaki yang menarik dan mencabar,” katanya.

Labuan diiktiraf sebagai geopark kebangsaan pada Dis 2021, meliputi kawasan seluas 402 kilometer persegi yang kaya dengan landskap batuan serta tapak biologi seperti hutan bakau (Kinabenuwa), hutan pantai (Tanjung Kubong), tempat perlindungan hidupan liar (Pulau Ular) dan taman laut (Pulau Rusukan Besar, Pulau Rusukan Kecil dan Pulau Kuraman). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Datuk, 2 Cucu Maut Rumah Terbakar

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi Kuat Landa Mindanao, Gegaran Dirasai Sekitar Sabah, Labuan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KPDN Rampas 80,000 Liter Diesel Bernilai Lebih RM300,000 Di Labuan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tindakan Pantas Bomba Kawal Kebakaran Selamatkan Lebih 100 Rumah Kayu

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh