web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPDN Rampas 80,000 Liter Diesel Bernilai Lebih RM300,000 Di Labuan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2024 12:08PM

Pasukan penguat kuasa KPDN menemukan minyak diesel yang disembunyikan di dalam empat tangki besar di atas sebuah kapal. - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Kementerian Perdangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan merampas 80,000 liter diesel dianggarkan bernilai RM320,000 dalam serbuan di Jeti Jalan Merdeka, semalam.

Pengarahnya Junaidah Arbain berkata dalam serbuan menerusi Ops Tiris pada 11 pagi itu, pasukan penguat kuasa KPDN menemukan minyak diesel yang disembunyikan di dalam empat tangki besar di atas sebuah kapal.

"Lelaki tempatan berusia 70 tahun dipercayai kru kapal berkenaan telah ditahan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Junaidah berkata kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Seksyen 20 (1) akta sama kerana mengangkut barang kawalan tanpa kebenaran.

Beliau berkata KPDN Labuan akan terus melakukan pemeriksaan dan pemantauan berterusan terhadap aktiviti membabitkan barangan kawalan agar tidak berlaku penyelewengan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti melanggar perundangan boleh menyalurkan aduan kepada pihak kementerian melalui WhatsApp 019-2794317/019-8488000, portal aduan e-aduan.kpdn.gov.my atau e-mel kepada [email protected] selain hadir ke mana-mana pejabat KPDN berdekatan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Datuk, 2 Cucu Maut Rumah Terbakar

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Gempa Bumi Kuat Landa Mindanao, Gegaran Dirasai Sekitar Sabah, Labuan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Suplemen Kecantikan Guna Logo Halal Palsu, KPDN Rampas Produk Lebih RM1.3 Juta

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tindakan Pantas Bomba Kawal Kebakaran Selamatkan Lebih 100 Rumah Kayu

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad