web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bangkai Pesawat Jadi Restoran Unik Di Batang Kali

Mereka yang menjamu selera di situ juga boleh menikmati pemandangan alam semula jadi dari bahagian rear ramp yang telah diubah suai apabila dijadikan seperti satu balkoni yang menghadap terus ke bahagian hutan.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2023 8:00AM

Mohd Yasin A Bakar menunjukkan bangkai pesawat Hercules C130 yang diubah suai menjadi sebuah restoran sehingga boleh memuatkan 40 orang dalam satu-satu masa - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATANG KALI - Sekali pandang, kepala pesawat yang terletak di tepi jalan besar Batang Kali-Genting dekat sini, tidak ubah seperti hanya sebuah replika. 

Namun, rupa-rupanya ia ialah sebuah bangkai pesawat sebenar C-130 Hercules dengan badan pesawat berkenaan djadikan sebuah restoran sehingga boleh memuatkan 40 orang dalam satu-satu masa dan dinamakan ‘Terminal 1 Domestic and International Cuisines’. 

Pemilik restoran berkenaan Mohd Yasin A Bakar, bekas jurutera syarikat minyak dan gas berkata bangkai pesawat itu pada awalnya sudah lama diletakkan di Subang dan ingin dilupuskan kerana tapak tanah berkenaan ingin diambil alih oleh pihak berkuasa.

Bagaimanapun, seorang rakannya yang bekerja dalam industri penerbangan menawarkan pesawat berkenaan kepada beliau, memandangkan beliau memiliki sebidang tanah dengan keluasan yang agak besar, iaitu tapak restorannya sekarang, bagi meletakkan pesawat itu.

"Pesawat ini sampai di tapak tanah saya pada Disember 2019, hampir dua tahun jugalah saya berfikir nak buat apa dengan 'besi buruk' ini sehinggalah rakan-rakan saya cadangkan saya buat restoran dengan konsep unik ini," katanya kepada Bernama baru-baru ini. 

Mohd Yasin, 56, berkata pesawat berkenaan tiba dalam dua bahagian, iaitu kepala dan badan pesawat yang sudah diasingkan, sekali gus memberikan idea kepada beliau untuk meletakkan kepala pesawat berkenaan di tepi jalan besar agar dapat menarik perhatian orang ramai untuk singgah ke restoran itu.

Hampir RM50,000 pula dibelanjakan untuk kerja-kerja ubah suai badan pesawat berkenaan yang dijadikan restoran, termasuk kerja mencuci pesawat dan memasang bumbung serta lantai, selain pemasangan struktur platform tambahan pada kedua-dua bahagian sayap pesawat.

Uniknya, kesemua wayar berselirat dan berjuntaian yang ada di dalam badan pesawat berkenaan dikekalkan, namun dalam keadaan kemas dan teratur bagi memastikan pelanggan dapat mengetahui bagaimana kompleks dan rumitnya untuk membina sesebuah pesawat. 

"Kebanyakan pelanggan saya teruja melihat kesemua wayar sebanyak ini kerana selama ini mereka tidak tahu beginilah rupanya," katanya.

Mereka yang menjamu selera di situ juga boleh menikmati pemandangan alam semula jadi dari bahagian rear ramp yang telah diubah suai apabila dijadikan seperti satu balkoni yang menghadap terus ke bahagian hutan.

Pada sebelah malam, pemandangan menjadi lebih cantik apabila mentol lampu sepanjang kira-kira 150 meter yang menghubungkan kepala dan badan pesawat berkenaan dihidupkan, sekali gus menyaksikan orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar.

Sejak mula beroperasi pada Jun 2022 dengan 12 pekerja, Mohd Yasin berkata beliau tidak menang tangan menerima kehadiran pelanggan hampir 300 orang sehari yang ingin menikmati hidangan dalam suasana unik, sekali gus menyaksikan beliau menggunakan konsep tempahan terlebih dahulu berbanding datang terus atau walk-in. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Pesawat United Airlines Mendarat Cemas Selepas Roda Tercabut Semasa Berlepas

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Alamak, Tersilap Langkah! Kru Darat Syarikat Penerbangan Jatuh Dari Pesawat

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Solat Jumaat, Hadir Jamuan Aidilfitri Bersama Warga Batang Kali

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN