web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cetaphil Perkenal Rangkaian Baharu Untuk Kulit Sensitif, Ada Sokongan Pakar

Cetaphil turut memperkenalkan dua produk baharu yang direka khusus untuk keperluan kulit sensitif

Gaya Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2025 5:32PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Cetaphil®, jenama penjagaan kulit sensitif yang dipercayai ramai dan pilihan utama pakar dermatologi di Malaysia, memperkenalkan penjenamaan semula yang lebih segar dan berani menerusi pelancaran Cetaphil SkinLABS. 

Dengan pendekatan berasaskan advokasi dan sains, inisiatif ini dijayakan bersama pakar dermatologi, ahli farmasi dan komuniti pempengaruh (KOL) bagi membantu pengguna memahami keperluan kulit mereka dengan lebih tepat.

Cetaphil menekankan bahawa ledakan maklumat berkaitan penjagaan kulit di media sosial sering kali menimbulkan kekeliruan, terutama bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif. 

Justeru, Cetaphil tampil dengan strategi baharu untuk memberi pendedahan tepat dan selamat, berdasarkan saranan pakar. 

Pendekatan ini bertujuan memupuk kefahaman tentang penjagaan kulit yang betul melalui penyebaran ilmu dan pengalaman daripada sumber yang sahih.

Menurut Pengurus Negara Galderma Malaysia, Cindy Tiu, Cetaphil komited menyediakan penyelesaian penjagaan kulit berasaskan sains yang sesuai untuk semua jenis kulit, terutamanya kulit sensitif. 

“Komitmen Cetaphil adalah untuk menghasilkan solusi berpandukan sains yang merangkumi semua keperluan penjagaan kulit, demi memastikan semua orang, tanpa mengira jenis kulit atau masalah mereka mempunyai akses kepada penjagaan kulit yang berkesan serta telah dibuktikan secara klinikal,” katanya.

Sebagai sebahagian daripada inovasi terbaharu, Cetaphil memperkenalkan rangkaian Gentle Exfoliating Salicylic Aciddan Cetaphil Baby Soothing Moisturising Cream.

Inovasi Terkini Untuk Setiap Keperluan Kulit Sensitif 

Dihasilkan untuk kulit berminyak dan mudah berjerawat, Pembersih dan Losyen Lembut Cetaphil Gentle Exfoliating SA adalah gabungan yang hebat. 

Ia menggabungkan tiga asid lembut, PHA (Glukonolakton) untuk melembap dan menghidrat, AHA (Asid Mandelik) untuk memperbaiki tona kulit serta penghasilan sel kulit baharu dan BHA (Asid Salisilik) untuk mengawal minyak dan mengurangkan kemerahan bagi pengelupasan yang lembut tanpa kerengsaan. 

Campuran unik ini menggalakkan pembaharuan sel untuk menghasilkan kulit yang lebih lembut dan berseri selepas dengan hanya sekali penggunaan, secara klinikal dapat mengurangkan jeragat sebanyak 28 peratus dan bintik hitam sebanyak 45 peratus pada kulit yang mudah berjerawat. 

Ia juga meningkatkan kesemua 15 seramida penting untuk memulihkan lapisan pelindung kulit, sementara losyennya memberikan penghidratan selama 48 jam.

• Gentle Exfoliating SA Cleanser: Pembersih ini berkesan menanggalkan kekotoran dan mengelupas dengan lembut, menjadikan kulit lebih lembut dan halus selepas dengan hanya sekali penggunaan. 

Seramai 90 peratus pengguna bersetuju kulit mereka terasa lebih lembut dan halus selepas satu kali menggunakannya.

• Gentle Exfoliating SA Lotion: Terbukti secara klinikal mampu memberikan hasil yang pantas dan ketara ke atas tekstur dan tona kulit, losyen ini meningkatkan penghidratan segera sebanyak 83 peratus dan bertahan sehingga 48 jam, di samping mengelupas dengan lembut untuk tona kulit lebih sekata.

Memahami keperluan unik kulit halus bayi yang baru lahir, Cetaphil turut memperkenalkan Cetaphil Baby Soothing Moisturising Cream baharu, formulasi yang telah diuji secara klinikal, bebas pewangi dan bebas jeli petroleum yang direka untuk kulit halus bayi yang baru lahir dengan memberikan tiga manfaat utama:

• Melegakan: Gabungan Gliserin, Minyak Bunga Matahari dan Minyak Badam dapat segera melegakan kerengsaan dan kekeringan. Ia memelihara lapisan pelindung kulit dan meningkatkan kelembapan.

• Menghidratkan: Memberikan penghidratan sehingga 48 jam, menjadikan kulit lembut dan licin.

• Melindungi: Menghasilkan lapisan pelindung untuk perlindungan terhadap lima tanda kulit sensitif. Terbukti secara klinikal dapat memperbaiki lapisan pelindung kulit daripada aplikasi pertama selama sehingga lapan jam, penghalang terhadap punca luaran kerengsaan.

Pelancaran ini turut diserikan dengan acara Cetaphil SkinLABS, satu platform interaktif untuk mendidik pengguna, khususnya golongan Gen Z dan milenium. 

Acara ini menampilkan ceramah daripada pakar dermatologi, sesi bersama pempengaruh dan demonstrasi produk secara langsung. 

Pengunjung juga diberi peluang meneroka pelbagai zon pengalaman seperti zon penghidratan, pengelupasan dan penjagaan lembut, semua direka bagi membantu pengguna memahami penjagaan kulit sensitif dengan lebih mendalam.

Melalui pendekatan baharu ini, Cetaphil berharap dapat menghapuskan stigma bahawa produk untuk kulit sensitif kurang berkesan. 

Sebaliknya, mereka membuktikan bahawa penjagaan kulit yang lembut juga boleh menjadi berkuasa, asalkan berasaskan sains dan disokong oleh pakar.

Untuk maklumat lanjut, layari www.cetaphil.com.my atau ikuti Cetaphil di TikTok, Instagram dan Facebook. - Getaran, 19 Ogos 2025

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

2

Gaya 5 hari yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

3

Gaya 3 minggu yang lalu

Minuman Sedia Diminum Semakin Jadi Sebahagian Rutin Harian

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN