web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KAO Malaysia Tampil Dengan Kempen Promosi Amalan Kesihatan Kulit 

Kempen ‘Skin Protection, Life Perfection’ ini bertujuan untuk bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kesihatan kulit, di mana ia sepatutnya bermula dari zaman remaja

Gaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2025 8:33PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAO Malaysia dengan kerjasama Watsons baru-baru ini melancarkan kempen ‘Skin Protection, Life Perfection’ yang bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia untuk memupuk amalan perlindungan kulit sebagai asas kepada kesihatan dan keyakinan diri sepanjang hayat. 

Kempen ini memperkenalkan ekosistem kolaboratif yang menggabungkan penyelesaian penjagaan kulit Bioré, dengan program berasaskan ganjaran Watsons untuk meningkatkan kesedaran terhadap faedah amalan perlindungan dan pemeliharaan kesihatan kulit sepanjang hayat. 

Ekosistem ini juga akan menyokong kegiatan penyelidikan kesihatan kulit di Malaysia melalui peruntukan derma bernilai satu peratus daripada keseluruhan hasil jualan kempen.

Yamazaki Hirobumi
Yamazaki Hirobumi

"Pihak kami percaya bahawa amalan perlindungan kulit bukanlah sekadar rutin harian sahaja. Ia adalah asas kepada kehidupan yang baik, di mana setiap amalan penjagaan kulit berupaya membentuk hari esok yang penuh berkeyakinan lagi berseri.

“Inisiatif ini juga mencerminkan matlamat KAO untuk membantu rakyat Malaysia mencapai kehidupan yang indah dan sihat, selaras dengan falsafah ‘Pelan Gaya Hidup Kirei’kami,” ujar Presiden KAO Malaysia Yamazaki Hirobumi.

Produk Bioré Miliki Formulasi Penyekat UV Berprestasi Tinggi

Profesor Madya Ahli Kimia Dr. Noraini dari Jabatan Kimia Universiti Malaya ketika pembentangannya pada majlis pelancaran telah memberi huraian terperinci dengan ulasan saintifik kesan jangka panjang perlindungan kulit terhadap kesihatan dermatologi. 

Ia kemudiannya diikuti dengan demonstrasi rejimen penjagaan kulit yang disesuaikan mengikut kumpulan umur yang berbeza oleh Dr. Lim Ing Kien, Pengarah Urusan, dari Ventamin. Kedua-dua  pembentangan tersebut mengukuhkan mesej teras kempen, perihal kesihatan kulit memerlukan pendekatan yang disesuaikan mengikut peringkat kehidupan, bermula dari usia muda.

Untuk melindungi kesihatan kulit dan keyakinan diri pengguna daripada ancaman sinaran UV, haba dan habuk, KAO mengesyorkan pendekatan penjagaan kulit ‘Cleanse. Protect’. 

Pendekatan ini menjadi dasar rejim penjagaan kulit yang mudah diamalkan lagi berkesan. 

Rangkaian produk Bioré menggabungkan produk pembersihan mesra pengguna dengan formulasi penyekat UV berprestasi tinggi untuk membina daya tahan kulit secara konsisten, secara langsung menyokong gaya hidup pengguna untuk menempuh cabaran hidup seharian dengan penuh kepastian, keselesaan dan berkeyakinan diri. 

Memupuk Tabiat Yang Lebih Sihat Secara Bersama 

Sebagai rakan kongsi peruncit rasmi kempen ini, Watsons akan menawar insentif yang menarik untuk mempromosikan perlindungan kulit setiap hari dalam kalangan pengguna. Dari Mei hingga Ogos nanti, pengguna boleh menebus pelbagai ganjaran melalui program kesetiaan Watsons:

• Program ‘W Rewards’: Tebus Bioré Guard MOS Block 50g dengan 500 mata Watsons.

• Program ‘E-Stamp’: Kumpul setem untuk menebus produk Bioré termasuk Bioré Guard MOS Block 50g, Bioré UV Aqua Rich Aqua Protect Mist 60ml dan Tone Up Essence 70g.

Kempen ini selaras dengan komitmen menyeluruh oleh KAO Malaysia terhadap kesihatan masyarakat, yang dicerminkan oleh beberapa program kesedaran awam yang masih lagi berlangsung dengan kerjasama rakan kongsi yang lain. 

Ini termasuk projek ‘Guard Our Future’, satu kempen pencegahan denggi holistik yang merangkumi bengkel pendidikan, sumbangan produk dan aktiviti gotong-royong di Selangor. 

Usaha ini disokong oleh pelbagai pihak berkepentingan, termasuk Jabatan Kesihatan Negeri Selangor yang giat mentadbir-urus program pencegahan denggi di seluruh negeri.

Untuk maklumat lanjut tentang promosi kempen ataupun cawangan Watsons Malaysia yang terlibat, anda boleh ikuti akaun media sosial Kao Malaysia dan Watsons Malaysia. - Getaran, 20 Mei 2025

Foto : KAO Malaysia

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

2

Gaya 6 hari yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

3

Gaya 4 minggu yang lalu

Minuman Sedia Diminum Semakin Jadi Sebahagian Rutin Harian

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang