web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Koleksi T-Shirt Skullpanda Kini Di Uniqlo Malaysia

Kolaborasi Uniqlo x Skullpanda ini menampilkan rekaan grafik yang diinspirasikan oleh dunia artistik Skullpanda dan tersedia dalam kuantiti terhad

Gaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2025 5:20PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peminat figura Pop Mart, Skullpanda di Malaysia kini boleh menarik nafas lega kerana koleksi t-shirt yang ditunggu-tunggu telah pun tiba di Malaysia.

Item fesyen ini adalah hasil kolaborasi Uniqlo x Skullpanda dan ia tersedia dalam kuantiti terhad. Jadi siapa cepat, dia yang dapat. Dilancarkan pada 5 Mei lalu, koleksi ini menampilkan rekaan grafik yang diinspirasikan oleh dunia artistik Skullpanda.

Watak ini dikenali dengan ekspresi mata yang mendalam dan tema dualiti emosi, menjadikannya simbol budaya pop moden yang digemari oleh generasi muda. 

Koleksi Uniqlo x Skullpanda ini tersedia untuk dewasa (wanita) dan juga kanak-kanak, di mana setiap kategori mempunyai lima pilihan ilustrasi menarik. Diperbuat daripada 100 peratus kain kapas lembut berkualiti tinggi, ia selesa dipakai untuk dipakai sepanjang hari dalam cuaca panas.

Jadi, jika anda peminat figura ini, janganlah lepaskan peluang untuk menggayakannya di jalanan. Boleh disuai padan dengan jeans, skirt atau dilapisi dengan jaket. Dengan kata lain, ia adalah statement item bagi kolektor dan peminat gaya unik.

Koleksi ini setiap satunya berharga RM59.90 untuk dewasa dan RM39.90 untuk kanak-kanak. 

Skullpanda ialah siri figura koleksi yang direka oleh artis China, Xiongmiao, dan diterbitkan oleh jenama mainan seni terkenal, POP MART. Siri ini menampilkan watak dengan gaya unik yang menggabungkan unsur-unsur estetik gelap, fesyen avant-garde, dan ekspresi emosi yang mendalam. 

Setiap figura biasanya hadir dalam format blind box, di mana pembeli tidak mengetahui reka bentuk figura yang akan diperoleh sehingga kotak dibuka, menambahkan elemen kejutan dan keseronokan untuk para pengumpul koleksi.

Antara ciri utama Skullpanda ialah, ia dikenali dengan kepala berbentuk tengkorak dan ekspresi wajah yang melankolik, mencerminkan tema-tema seperti kesendirian, introspeksi dan keindahan yang suram.

Figura ini dibuat daripada bahan berkualiti tinggi iaitu daripada bahan seperti PVC (acrylonitrile butadiene stirrene) dan ABS (polyvinyl chloride) dengan ketinggian antara enam hingga 11.4 cm, bergantung pada siri.

Koleksi eksklusif Skullpanda adalah sangat terhad dan sukar didapati, menjadikannya item yang sangat dicari oleh kolektor. 

Untuk maklumat lanjut atau pembelian koleksi Uniqlo x Skullpanda, anda boleh melayari laman rasmi Uniqlo Malaysia. - Getaran, 7 Mei 2025

Foto : Uniqlo

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

2

Gaya 5 hari yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

3

Gaya 4 minggu yang lalu

Minuman Sedia Diminum Semakin Jadi Sebahagian Rutin Harian

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN