web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pakaian Ultifresh Boleh Dipakai Banyak Kali Tanpa Perlu Dicuci, Bagus Untuk Alam Sekitar 

Fabrik Ultifresh menghalang pertumbuhan mikrob, membolehkan pakaian dipakai berkali-kali tanpa perlu dicuci

Gaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2025 2:04PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama pakaian baharu, Ultrifresh adalah jenama yang perlu diberi perhatian jika anda benar-benar menyayangi bumi. Ini kerana jenama ini ditubuhkan dengan membawa matlamat  menyediakan penyelesaian lestari dalam pengeluaran pakaian. Mereka mahu mengurangkan jejak alam sekitar dan memelihara sumber semula jadi.

Bukan hanya menyasarkan golongan individu atau pengguna, Ultifresh juga menyasarkan pemilik perniagaan untuk sama-sama berubah dalam memastikan bumi terus ‘bernyawa’.

Dengan purata penjualan 10,000 t-shirt setiap hari, teknologi Ultifresh yang disahkan SGS (syarikat pengujian, pemeriksaan dan pensijilan terkemuka di dunia), dan Intertek (anti-bau dan antibakteria) menghapuskan 99.94 peratus bakteria penyebab bau apabila bersentuhan, memastikan pakaian yang bersih dan segar untuk semua.

Fabrik ini menghalang pertumbuhan mikrob, membolehkan pakaian dipakai lebih lama tanpa perlu dicuci, yang seterusnya mengurangkan penggunaan air dan memanjangkan jangka hayat pakaian terbabit.

Selain itu, pengeluaran kilang Ultifresh yang disahkan ISO 9001:2015 menggunakan bahan mesra alam dan proses pembuatan yang menjimatkan 3-4 liter air dan 82.5g pelepasan CO2 setiap kali t-shirt Ultifresh dipakai semula sebelum dicuci.

Dengan menggunakan pendekatan ini, Ultifresh telah mengubah cara penjagaan pakaian, membolehkan pakaian dipakai lebih banyak kali tanpa perlu dicuci dengan kerap. Kaedah ini secara signifikan mengurangkan penggunaan air dan pelepasan karbon sambil mempromosikan gaya hidup mesra alam.

Menggunakan pakaian seragam mesra alam dan amalan lestari membolehkan perniagaan mencapai matlamat ESG mereka, mengurangkan penggunaan tenaga, dan meminimumkan pembaziran.

Dengan lebih satu dekad pengalaman dalam industri pakaian, pengasas bersama Frank Yap, bersama Gerald Eng, melancarkan Ultifresh pada 2018.

Melalui penyelidikan, mereka mendapati bahawa mengurangkan keperluan untuk menggantikan seragam dengan kerap boleh mengurangkan pembaziran air sebanyak 986 liter setahun dan menurunkan pelepasan karbon sebanyak 21.4 kilogram setiap tahun.

“Kami komited untuk mencipta pakaian yang selesa dan mesra alam. Misi kami adalah untuk merombak seragam dan pakaian promosi dengan menggabungkan teknologi inovatif dengan amalan lestari.

“Tawaran eksklusif ini adalah jemputan kami untuk bekerjasama dan memberi impak positif bersama-sama,” ujar Pengasas Bersama Ultifresh, Frank Yap.

Terkenal dengan komitmennya terhadap kelestarian, Ultifresh telah memutuskan untuk menurunkan keuntungan mereka kepada hanya S$0.10 (RM0.30) bagi setiap helaian T-shirt eksklusif mereka, Ultifresh Performance, agar kelestarian dapat diakses dan berpatutan untuk semua.

Sehingga kini, mereka telah berjaya melayani pelbagai pelanggan dari pelbagai industri, termasuk gergasi automotif seperti Honda dan Audi, peneraju teknologi seperti Samsung, Intel, dan Meta, serta jenama-jenama terkenal seperti Maggi, Swatch, dan Kumpulan Ambank.

Memimpin perubahan dalam pakaian lestari, Ultifresh menawarkan penyelesaian inovatif yang membantu mengurangkan kesan alam sekitar korporat. Dalam pasaran masa kini, kesedaran alam sekitar adalah penting bagi pengguna dan perniagaan.

Mengintegrasikan amalan lestari ke dalam operasi harian bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan dan keuntungan tetapi juga memberi manfaat kepada alam sekitar.

Bagi banyak perniagaan, perjalanan menuju kelestarian mungkin bermula dengan seragam mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai Ultifresh dan promosi terkini, lawati laman web mereka di https://www.ultifresh.net/, atau hubungi pasukan mereka di [email protected]. - Getaran, 6 Februari 2024

Foto : Ultifresh

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

2

Gaya 5 hari yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

3

Gaya 3 minggu yang lalu

Minuman Sedia Diminum Semakin Jadi Sebahagian Rutin Harian

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN