web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Marks & Spencer Lancar Stor Konsep Baharu Di Suria KLCC, Pertama Di Asia

Menjangkau lebih 30,000 kaki persegi, ruang yang direka semula ini menetapkan standard baharu untuk pengalaman membeli-belah moden

Gaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2024 8:02AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Stor membeli belah, Marks & Spencer (M&S) baru-baru ini dengan bangganya mengumumkan pelancaran stor konsep baharunya yang pertama di Asia di Suria KLCC. 

Menjangkau lebih 30,000 kaki persegi, ruang yang direka semula ini menetapkan standard baharu untuk pengalaman membeli-belah moden. 

Dengan bahagian khusus untuk pakaian wanita, pakaian lelaki, pakaian kanak-kanak, pakaian dalam, peralatan rumah, kecantikan, dewan makanan dan kafe, stor di KLCC boleh dianggap sebagai destinasi untuk semua keperluan fesyen dan gaya hidup anda.

Sebagai meraikan pembukaan semula stor itu, Marks & Spencer telah mengundang pelakon dan model Thailandterkenal, Kao Supassra, untuk bersama-sama Pengarah Urusan, Marks & Spencer MENA & Asia, Stephen Rayfield, Pengurus Besar Marks & Spencer Asia, Nick Batey, Pengurus Besar Marks & Spencer SEA, Alex Tan dan barisan tetamu kehormat lain untuk melancarkan secara rasmi pembukaan stor.

Kao Supassra
Kao Supassra

“Kami sangat teruja untuk meraikan lembaran baharu ini di Suria KLCC. Stor yang diubah suai ini menandakan kemajuan yang ketara dalam pendekatan runcit kami, menggabungkan reka bentuk kontemporari dengan kualiti Marks & Spencer yang dipercayai ramai.

“Kami tidak sabar-sabar untuk menerima kunjungan pelanggan untuk menikmati pengalaman membeli-belah yang selesa dan serba moden,” ujar Rayfield. 

Rekaan dalaman stor konsep ini mencerminkan kecanggihan kontemporari, menampilkan lekapan minimalis, pencahayaan cekap tenaga, dan mewujudkan persekitaran membeli-belah yang mengasyikkan.

Stor ini menerapkan pembahagian segmen dengan teliti bagi membolehkan pelanggan meneroka tawaran yang pelbagai dengan lebih mudah dan selesa.

Satu keunikan yang anda mesti tahu ialah pemasangan dinding berinspirasikan Malaysia di kawasan ‘Food Hall’, di mana ia menampilkan mercu tanda tempatan yang ikonik seperti Menara KL, Menara Berkembar Petronas dan Jambatan Saloma Link. 

Kehadiran ikon kebanggaan Malaysia ini sudah pasti menambah pesona Malaysia dan bagus untuk menarik minat pelancong luar negara untuk singgah.

Tambah menarik, terdapat juga Kafe M&S di kawasan ‘Food Hall’ bagi memberi peluang kepada pelanggan untuk bersantai menikmati secawan kopi premium dan hidangan ringan yang membuka selera. 

Koleksi Musim Luruh Dan Sejuk Marks & Spencer 

Istimewa kepada anda yang sedang mencari pakaian untuk percutian musim luruh dan sejuk di luar negara, Marks & Spenser membawakan koleksi musim luruh dan sejuk yang cukup menarik untuk digayakan. 

Membawa tema ‘Big Autumn Energy’, koleksi musim ini disusun rapi untuk menterjemahkan intipati musim luruh, menawarkan segala-galanya daripada pilihan sofistikated kepada gaya kasual.

Twill Clinched Double Breasted Blazer (RM 349.90), Wide Darted Trousers (RM229.90), Briefcase Bag (RM279.90)
Twill Clinched Double Breasted Blazer (RM 349.90), Wide Darted Trousers (RM229.90), Briefcase Bag (RM279.90)

Untuk wanita koleksi musim luruh mempamerkan pelbagai fabrik mewah dan reka bentuk yang inovatif. Daripada tweed yang diolah semula kepada bulu yang ringan dan labuci berwarna-warni, koleksi ini menjanjikan keseimbangan sempurna antara trend moden dan keanggunan abadi.

Rangkaian ‘Edit’ menawarkan pilihan klasik yang mesti ada, menampilkan potongan tinggi seperti jersi, jaket singkat dan skirt maxi. Semakin sejuk cuaca, fabrik baharu yang diperkenalkan turut mempunyai sentuhan ‘glossy’ pada pakaian siang, yang mencipta perincian yang lebih bergaya.

Pencinta denim akan menemui gaya ciptaan semula, daripada Maxi Skirts hingga Palazzo Jeans, dalam rekaan yang segar dan kontemporari. Helaian ini cukup sempurna untuk tampil bergaya pada setiap hari. 

Apa pula yang menanti untuk si jejaka? Koleksi terkini mempamerkan keselesaan, kualiti dan gaya yang luar biasa. Dengan kata lain, koleksi ini menggabungkan ciri-ciri kecanggihan dan praktikal, memenuhi keperluan lelaki moden yang mementingkan gaya dan kefungsian.

Bagi mereka yang mencari pakaian formal yang mengekalkan keselesaan, pilihan daripada rangkaian ‘Smart Edit’menawarkan pilihan serba boleh yang menggabungkan keanggunan dengan praktikal. Pilihan ini menampilkan reka bentuk fabrik grindle, pakaian rajut lengan panjang bertekstur 3D, dan inovasi regangan. 

Item yang menonjol termasuklah Check Stretch Blazer, direka dengan corak gaya gingham yang menawan. Bahkan, fabrik yang digunakan menjanjikan regangan tambahan dan fleksibiliti yang lebih baik. 

Check Stretch Blazer (RM699.90)
Check Stretch Blazer (RM699.90)

Stor konsep Marks & Spencer terbaharu ini terletak di C28B, Level Concourse, Suria KLCC, Kuala Lumpur dan dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi https://www.marksandspencer.com/my/ atau ikuti mereka di akaun Instagram, Facebook dan TikTok. - Getaran, 26 September 2024

Foto : Marks & Spencer

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

2

Gaya 5 hari yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

3

Gaya 3 minggu yang lalu

Minuman Sedia Diminum Semakin Jadi Sebahagian Rutin Harian

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN